Skip to main content

Garis Panduan Pembekalan Peralatan

Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang layak dan tidak layak memperolehi peralatan ICT melalui PPKT Kampus Kesihatan. Peralatan ICT yang diagihkan adalah dikhaskan kepada jawatan yang dipegang oleh staf. Ini bermaksud Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan baru untuk staf yang mengisi jawatan baru manakala staf baru yang menggantikan staf yang telah tamat perkhidmatan/berhenti/ditukarkan akan mengambil alih peralatan ICT yang sedia ada.

  • Peralatan ICT akan dibekalkan kepada PTJ seperti berikut :-
    • Semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Akademik berjawatan tetap.
    • Staf sokongan yang mempunyai gred jawatan 17 dan ke atas, dan yang melakukan tugas pentadbiran, ICT dan teknikal tertakluk kepada kelulusan Pengarah / Dekan atau Ketua Jabatan.
    • Unit/Jabatan Hospital USM yang menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh PPKT Kampus Kesihatan.
    • Kaunter-kaunter di PTJ tertakluk kepada kelulusan Pengarah / Dekan atau Ketua Jabatan.
  • Peralatan ICT tidak akan dibekalkan kepada kumpulan staf seperti berikut :
    • Staf yang tidak menjalankan tugas pentadbiran, ICT dan teknikal.
    • Staf berjawatan sambilan dan sementara.
    • Tukang Masak.
    • Pembantu Am Pejabat.
    • Penjaga Stor.
    • Atendan Kesihatan.
  • Peralatan ICT tidak akan diberi kepada senarai di bawah, tetapi boleh dipertimbangkan untuk peminjaman, tertakluk kepada bekalan yang sedia ada :
    • Staf berjawatan sambilan dan sementara.
    • Pelajar praktikal.