Sebagai sebuah penyedia perkhidmatan ICT, PPKT menyediakan perisian berlesen untuk pengajaran dan pembelajaran serta kegunaan pengurusan operasi seharian. Perisian berlesen ini terbuka kepada staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM. Bagi perisian lain, pengguna boleh datang sendiri ke PPKT dengan membawa komputer masing-masing untuk dipasang perisian yang diperlukan. Perisian-perisian lain seperti Mendeley dan PS boleh dimuat turun terus daripada laman web rasmi mereka
Video perkhidmatan perisian
PANDUAN
Pengguna yang berminat untuk mendapatkan kod aktivasi bagi perisian SPSS perlu hadir sendiri ke Kaunter Khidmat Pelanggan PPKT USM Kampus Kesihatan bersama-sama komputer yang hendak dipasang perisian tersebut bagi proses aktivasi perisian berkenaan.