Staf Hospital USM perlu memaklumkan kepada Ketua Unit/Jabatan masing-masing bagi membuat permohonan peralatan ICT baru. Ketua Unit/Jabatan hendaklah mendapatkan kelulusan permohonan (borang kelulusan) tersebut daripada Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital USM. Justeru melengkapkan ‘Borang Permohonan komputer’ atau ‘Borang Permohonan pencetak’ secara online (https://sd.usm.my).
Permohonan akan diproses oleh PPKT Kampus Kesihatan mengikut tarikh permohonan setelah cetakan borang permohonan dan borang kelulusan yang lengkap dihantar ke Pejabat Am PPKT Kampus Kesihatan.
Bagi staf PTJ selain Hospital USM perlu melengkapkan permohonan (https://sd.usm.my) dan menghantar cetakan borang permohonan yang ditandatangan ke Pejabat Am PPKT Kampus Kesihatan.
Peralatan ICT tidak boleh dialih ke lokasi lain kecuali dengan kebenaran pihak PPKT dan kelulusan serta makluman daripada Pentadbiran PTJ.