PPKT menyediakan perkhidmatan telefon bagi memudahkan komunikasi antara pengguna. Menggunakan sistem PABX(Private Automatic Branch Exchange) MX-One untuk menghubungkan pengguna antara kampus melalui VoIP serta pengguna luar melalui sambungan talian Telekom
PPKT juga menyediakan perkhidmatan mel suara untuk pengguna tertentu sahaja serta teknologi-teknologi terkini seperti IP phone dan soft phone. USM juga merancang enuju ke arah penggunaan Unified Communication (UC) dalam mengikuti perkembangan teknologi yang kian berkembang pesat dalam bidang telekomunikasi ini.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah permohonan nod telefon serta direktori telefon atas talian.