Sebagai penyedia perkhidmatan ICT, PPKT tidak terkecuali dalam menyediakan kemudahan komputer dan perisian untuk kegunaan staf dan pelajar yang berkhidmat dan belajar di USM. PPKT menyediakan kemudahan pinjaman komputer jangka panjang dan jangka pendek khusus untuk kegunaan staf dan pelajar dalam melaksanakan aktiviti universiti.
Pinjaman jangka panjang. Terbuka kepada staf yang berkhidmat dalam USM. Komputer boleh dipohon dengan melayari portal https://sd.usm.my/default.asp?ptj=ppktkk. Keutamaan adalah diberikan kepada staf dalam kumpulan Akademik serta Pengurusan & Profesional. Spesifikasi komputer yang dibekalkan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Staf yang berubah tempat tugas atau tamat perkhidmatan mesti memulangkan komputer yang dipinjam dalam keadaan baik.
Pinjaman jangka pendek. Terbuka kepada staf dan pelajar yang bekhidmat dan belajar dalam USM untuk kegunaan program, aktiviti dan sebagainya. Pinjaman ini tertakluk kepada jumlah komputer yang ada dan mempunyai satu jangka masa untuk dipulangkan iaitu maksimum selama sebulan. Permohonan boleh dibuat melalui https://sd.usm.my/default.asp?ptj=ppktkk.
Perkhidmatan Baikpulih Komputer. PPKT juga menyediakan perkhidmatan baikpulih komputer khusus untuk komputer yang dibekalkan oleh PPKT sahaja. Untuk membuat aduan tentang kerosakan komputer, sila masukkan aduan di https://sd.usm.my/default.asp?ptj=ppktkk. Bagi komputer yang bukan dibekalkan oleh PPKT, pihak PPKT.