Antara fakta-fakta menarik :
· 4 Gbps antara Core backbone
· 2 Gbps dari Distribution ke Core Backbone
· 1 Gbps dari Faculty/Dept Access ke Distribution Backbone
· 1 Gbps dari Core ke Gateway switch
· 100/1000Mbps Access switch kepada pengguna
Kemudahan capaian internet terkini telah dinaiktaraf pada pertengahan tahun 2015 daripada talian Metro-E 200Mbps kepada talian Metro-E 1Gbps disebabkan perkembangan teknologi serta penggunaan internet semakin meluas. Talian antara kampus juga dinaiktaraf ke 50Mbps bagi setiap kampus cawangan.
Perkhidmatan rangkaian merangkumi LAN (Local Area Network), WAN (Wide Area Network), DNS Registration, Pengurusan Pelayan dan khidmat nasihat kepada pengguna. Antara produk yang ditawarkan ialah permohonan nod rangkaian, perkhidmatan wireless serta akses Internet bagi tujuan majlis-majlis tertentu.
Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Talian sambungan 1111, 09-797 1111 ATAU
- Sistem ServisDesk@PPKT-KK di alamat https://sd.usm.my/default.asp?ptj=ppktkk , ATAU
- Email
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ATAU - Datang ke Kaunter ServisDesk PPKT KK alamat PPKT, USM Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.