Skip to main content

.

.

PERMOHONAN PERALATAN

Pembekalan peralatan ICT kepada staf / PTJ penting bagi menjamin urusan pentadbiran dan operasi berjalan dengan lancar. Pada masa sekarang, majoriti staf USM telah dibekalkan dengan peralatan ICT terutama pembekalan komputer untuk menjalankan tugasan harian. Disebabkan penggunaan komputer dan peranti-peranti lain semakin meluas di kampus, maka satu garis panduan pembekalan yang jelas diwujudkan bagi tujuan penyelarasan dan keseragaman.

  1. Garis Panduan Pembekalan Peralatan,

    Berikut adalah senarai jawatan-jawatan yang layak dan tidak layak memperolehi peralatan ICT melalui PPKT Kampus Kesihatan. Peralatan ICT yang diagihkan adalah dikhaskan kepada jawatan yang dipegang oleh staf. Ini bermaksud Ketua Jabatan boleh meluluskan permohonan baru untuk staf yang mengisi jawatan baru manakala staf baru yang menggantikan staf yang telah tamat perkhidmatan/berhenti/ditukarkan akan mengambil alih peralatan ICT yang sedia ada.

    a. Peralatan ICT akan dibekalkan kepada PTJ seperti berikut:

    - Semua Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional / Akademik berjawatan tetap.
    - Staf sokongan yang mempunyai gred jawatan 17 dan ke atas, dan yang melakukan tugas pentadbiran, ICT dan teknikal tertakluk kepada kelulusan Pengarah / Dekan atau Ketua Jabatan.
    - Unit/Jabatan Hospital USM yang menggunakan aplikasi yang dibangunkan oleh PPKT Kampus Kesihatan.
    - Kaunter-kaunter di PTJ tertakluk kepada kelulusan Pengarah / Dekan atau Ketua Jabatan.

    b. Peralatan ICT tidak akan dibekalkan kepada kumpulan staf seperti berikut:

    - Staf yang tidak menjalankan tugas pentadbiran, ICT dan teknikal.
    - Staf berjawatan sambilan dan sementara.
    - Tukang Masak.
    - Pembantu Am Pejabat.
    - Penjaga Stor.
    - Atendan Kesihatan.

    c. Peralatan ICT tidak akan diberi kepada senarai di bawah,

    - Staf berjawatan sambilan dan sementara.
    - Pelajar praktikal.

  2. Syarat Permohonan dan Pengagihan,

    a. Staf Hospital USM perlu memaklumkan kepada Ketua Unit/Jabatan masing-masing bagi membuat permohonan peralatan ICT baru. Ketua Unit/Jabatan hendaklah mendapatkan kelulusan permohonan (borang kelulusan) tersebut daripada Pengarah (Infrastruktur & Aset) Hospital USM. Justeru melengkapkan ‘Borang Permohonan komputer’ atau ‘Borang Permohonan pencetak’ secara online (https://sd.usm.my).
    b. Permohonan akan diproses oleh PPKT Kampus Kesihatan mengikut tarikh permohonan setelah cetakan borang permohonan dan borang kelulusan yang lengkap dihantar ke Pejabat Am PPKT Kampus Kesihatan.
    c. Bagi staf PTJ selain Hospital USM perlu melengkapkan permohonan (https://sd.usm.my) dan menghantar cetakan borang permohonan yang ditandatangan ke Pejabat Am PPKT Kampus Kesihatan.
    Peralatan ICT tidak boleh dialih ke lokasi lain kecuali dengan kebenaran pihak PPKT dan kelulusan serta makluman daripada Pentadbiran PTJ.

  3. Peralatan ICT Sandaran (backup),

    a. Keperluan peralatan ICT ‘backup’ (sokongan) seperti komputer & pencetak adalah penting untuk memastikan program rasmi, perkhidmatan Hospital USM serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna. Justeru kuantiti yang secukupnya perlu disimpan untuk situasi yang amat kritikal.

    b. PPKT Kampus Kesihatan berhak menyimpan komputer untuk tujuan sandaran bergantung kepada perolehan yang diperolehi mengikut persetujuan PTJ. (Hospital USM).
    Peralatan ICT sandaran perlu disediakan oleh PTJ sekiranya semua simpanan telah digunakan samada melalui perolehan baru PTJ atau pun pinjaman daripada lokasi lain di PTJ.

back to top