PPKT menyediakan perkhidmatan kad pintar bagi semua staf di USM KK bagi memastikan keselamatan staf dan semua aset di USM KK. Pintu yang telah dilengkapi dengan magnetic door lock ini perlu menggunakan kad pintar yang telah diaktifkan di USM KK bagi membolehkan akses keluar masuk pengguna serta merekod aktiviti tersebut
Setiap unit/kluster/seksyen mempunyai polisi masing-masing di mana pengguna hanya boleh untuk mengakses pintu yang ditetapkan sahaja. Ini adalah bagi mengelakkan penyalahgunaan serta menghadkan akses pengguna.
Kad pintar juga digunakan untuk merekod kehadiran staf dengan menggunakan sistem kehadiran yang dikenali sebagai Time Attendant Management System (TAMS).