Skip to main content

USM Kampus Kesihatan Terima ‘Anugerah Pencapaian EA’

bitas 1

18 Mei 2023, Khamis – Persidangan Business IT Architecture Series (BITAS) 2023 telah diadakan bertempat di EventScape, Cyberjaya. Seramai 13 orang perserta daripada USM yang terdiri daripada staf Hospital USM dan 4 orang staf PPKT Kampus Kesihatan telah menyertai persidangan ini. Turut hadir memberi sokongan, Timbalan Pengarah (Operasi) Hospital USM, Prof. Dr. Mohd Imran Yusof, selaku wakil pengurusan hospital.

348220558 550949323852550 3018663522022743850 n

Dr. Juhaida Daud dan Pn. Zamilah telah membentangkan projek yang mereka bangunkan bersama pasukan  ‘Core Team HIS@USM’, di mana projek ini menyerlahkan inisiatif mereka dalam menggabungkan strategi seni bina termaju, infrastruktur IT yang mantap dan penyepaduan alatan digital. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi pesakit, staf dan pelajar di Hospital USM.

bitas 2

Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan telah diberi penghormatan dengan penganugerahan ‘Anugerah Pencapaian EA’ di Business Technology Architecture Awards 2023. Ia merupakan satu pengiktirafan kepada usaha yang telah dilakukan di Hospital USM dalam mengaplikasi prinsip EA dalam menjalankan peranan sebagai fasilitator dan pemudah cara bagi mencapai visi dan misi Hospital USM. Pengiktirafan ini juga menjadi satu penanda aras pencapaian atas usaha yang telah dilakukan untuk menyediakan persekitaran yang selamat bagi pesakit, staf dan pelajar di Hospital USM.

347578926 1196528904382582 8709498782677889861 n

Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Pasukan teras HIS@USM>