Skip to main content

Townhall PPKT Siri 7 2023

7 Disember 2023, Khamis – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah mengadakan Townhall Jabatan Siri Ke-7, bertempat di Bilik Tutorial A, PPSP. Townhall yang bermula jam 10.30 pagi ini telah dihadiri oleh hampir kesemua staf PPKT. Ketua Jabatan PPKT, Tn. Hj. Nik Nashron telah memulakan program dengan sedikit tazkirah kepada semua staf yang hadir.

Program diteruskan dengan perkembangan terkini projek EA yang sedang dibangunkan oleh core team untuk membuat model bagi Hospital USM. Agenda seterusnya adalah berkenaan perancangan awal PPKT utk tahun 2024. Tn. Hj. Nik Nashron telah menyampaikan beberapa maklumat dan hasil yang telah diperoleh daripada  Bengkel Halatuju PPKT yang telah dilangsungkan pada bulan November yang lepas. Seterusnya beliau menyampaikan taklimat berkenaan pengisian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Balance Score Card (BSC) yang perlu diselesaikan oleh semua staf pada bulan ini.