TOWNHALL PPKT SIRI 4/2024
5 Disember 2024, Khamis – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan satu program Townhall PPKT Siri 4/2024. Program yang berlangsung di Bilik Tutorial B Pusat Pengajian Sains Perubatan ini telah bermula pada jam 11.30 pagi dan dihadiri oleh hampir semua staf PPKT. Townhall dimulakan dengan bacaan doa dan perkongsian motivasi daripada Tn. Hj. Nik Nashron, selaku Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan.
Townhall diteruskan dengan pengisian utama iaitu taklimat berkenaan laporan Balance Score Card (BSC) oleh Tn. Hj. Nik Nashron . Beberapa isu penting telah diketengahkan oleh beliau sebagai panduan kepada semua staf PPKT untuk melengkapkan laporan kerja di BSC. Laporan kerja ini sangat penting dalam memastikan setiap tugasan yang dibuat oleh staf dapat diselia dan dinilai dengan baik oleh Pegawai Penyelia pada penghujung tahun. Perkongsian seterusnya menekankan tentang halatuju PPKT bagi tahun 2025 serta harapan beliau dalam peningkatan prestasi staf dan juga jabatan.
Lanjutan daripada Bengkel Pelan Strategik Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) 2024 pada bulan November yang lepas, Tn. Hj. Nik Nashron telah berkongsi pengalaman beliau bersama staf PPKT sepanjang bengkel tersebut berlangsung. Beberapa perkara telah diketengahkan dan diambil maklum untuk penambahbaikkan kepada bengkel yang akan dianjurkan pada masa akan datang.
Sebelum mengakhiri Townhall ini, Tn. Hj. Nik Nashron telah menjemput dan memperkenalkan staf baharu PPKT iaitu Cik Siti Nur Husna Bt Mohd Kamal (Pegawai Teknologi Maklumat F41) kontrak. Program yang berlangsung selama satu jam ini diharap dapat meningkatkan lagi kefahaman staf berkenaan isu-isu penting yang diutarakan oleh Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan. Program tamat dan staf bersurai pada jam 12.30 tengah hari.
Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim / Gambar oleh : Siti Salbiah