18 Jun 2025, Rabu - Berlangsungnya sesi Townhall peringkat jabatan Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) yang ketiga di Bilik Toturial B (BTB), Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) selama tiga jam yang dihadiri oleh semua staf PPKT. Ucapan aluan pembuka majlis disampaikan oleh Tuan Haji Nik Nashron selaku Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan berkongsi perkara penting seperti penjenamaan PPKT menjadi Pusat Transformasi Digital (PTD) dalam masa terdekat, perjalan projek INSPIRE, progres semasa KPI BSC sehingga Jun, sistem klaim perjalanan baru oleh PTPA, analisa kewangan NEGOPPKT dan isu-isu semasa seperti proses penstrukturan semula tenaga kerja Petronas dan kearah gaya hidup sihat.
Perkongsian dari bahagian Data, Digital, dan Sistem Maklumat disampaikan oleh Puan Zamilah Hussin selaku ketua Bahagian tentang percapaian pertengahan tahun projek INSPIRE HPUSM bagaimana ia berfungsi dan sejauh mana ketelibatan semua staf kepada projek tersebut, perancangan akhir tahun Pusat Data, dan projek terkini Sistem Maklumat.
Perkongsian dari bahagian Korporat, Teknikal, dan Infostruktur oleh Ketua Bahagian Encik Hisyam Yacob. Beliau berkongsi info tentang perjalanan projek terkini yang sedang diusahan oleh Korporat seperti pembangunan virtual tour USM, dan projek unit-unit yang telah selesai sepanjang bulan Januari hingga Jun. Berkenaan Infostrukur, beberapa projek pemasangan menaiktaraf sedang giat dijalankan sehingga hujung tahun 2025. Aktiviti dan projek berkaitan dengan Teknikal juga dimaklumkan seperti pengurusan doket, pembelian komputer usm, dan sebagainya.
Perkongsian dari Pengerusi Kelab PPKT, Encik Nareeman Shah tentang program penting dan terkini yang melibatkan semua staf PPKT iaitu program PPKT Fit yang akan berlangsung pada bulan ini. Seterusnya, perkongsian tentang laman web kelab PPKT menjadi rujukan kepada semua staf untuk semak aktiviti-aktiviti terkini yang melibatkan kelab dan mendaftar sebagai peserta atau ahli jawatankuasa. Pengerusi kelab juga mengalukan ahli kelab untuk bersama-sama terlibat dalam program Gader-Gader anjuran kelab beriadah di resort Pergau Inn, Jeli bulan hadapan.
Akhir sesi Townhall tersebut disudahi dengan majlis khatam al-quran yang diketuai oleh Encik Zulkifli dan jamuan kesyukuran diadakan di lorong utama pejabat PPKT. Program selesai jam 12.30 tenghari dan bersurai
TEKS BERITA DAN GAMBAR OLEH: KAIFARIS & SALBIAH MOHD SALLEH