Townhall PPKT Siri 3/2023
13 April 2023, Khamis – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah mengadakan Townhall Jabatan Siri Ke-3, bertempat di Dewan Kuliah 4, PPSP. Townhall yang bermula jam 9 pagi ini telah dihadiri oleh hampir kesemua staf PPKT. Program dimulakan dengan perkongsian ilmu yang bertajuk ‘Artificial Intelligence (AI)’ daripada En. Mohd Nazri, Pegawai Teknologi Maklumat PPKT.
En. Mohd Nazri memberi penerangan tentang jenis-jenis AI serta manfaat yang diperolehi daripada penggunaan AI di dalam kehidupan seharian. Menurut beliau, diantara manfaat-manfaat tersebut adalah seperti automasi dan pengurangan kesilapan manusia di dalam proses pembuatan sesuatu produk. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang ‘use cases’ dan aplikasi kegunaan AI yang telah dipraktikkan di seluruh dunia.
Townhall diteruskan dengan agenda penting daripada Ketua Jabatan PPKT, Tn. Hj. Nik Nashron. Sedikit perkongsian motivasi telah diberikan oleh Tn. Hj. Nik Nashron sebagai pembuka bicara. Seterusnya beliau menyampaikan maklumat tentang agenda-agenda penting yang berkaitan dengan jabatan termasuk perkembangan terkini projek Hospital Information System (HIS). Sesi townhall kali ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada semua staf PPKT berkenaan beberapa perkara penting yang sedang berlaku di jabatan. Program berakhir dan semua staf bersurai pada jam 11.15 pagi.
Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Muhammad Faris Haikal