TAKLIMAT KUOTA STORAN ONEDRIVE & OUTLOOK M365 PPKT 2024
23 Julai 2024, Selasa – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kesihatan telah mengadakan satu taklimat khas berkaitan Kuota Storan Onedrive & Outlook M365 yang bertempat di Bilik Persidangan, Jabatan Radiologi, Hospital USM .
Sessi taklimat ini telah diadakan dalam dua sessi iaitu sessi 1 (10.00pg - 11.00pg) dan sessi 2 (3.00ptg - 4.00ptg). Taklimat sessi pertama mengenai Kuota Storan Onedrive telah disampaikan oleh En. Nareeman Shah Che Muhamad manakala taklimat sessi kedua mengenai Outlook M365 telah disampaikan oleh En. Azahari Omar kepada semua peserta yang telah terpilih melalui pencalonan jabatan - jabatan dalam HUSM dan Kampus Kesihatan.
Sebelum taklimat berakhir, sessi soal jawab dan berinteraksi dengan semua peserta telah berlaku dengan baik. Tepat jam 4.00 petang, bengkel tamat dan semua peserta bersurai.
Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim | Gambar oleh : Muhammad Faris Haikal