Skip to main content

SESI PENILAIAN PYD & PPP PPKT 2024

c37ce22f 42c6 40eb a5e1 7ebb6757d26e

8 Disember 2024, Ahad – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan satu sesi Penilaian PYD & PPP PPKT 2024. Sesi ini yang berlangsung di Bilik Mesyuarat PPKT, Bilik Common Room dan Bilik En. Hisyam ini telah bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang dan dihadiri oleh semua staf PPKT mengikut giliran jadual yang ditetapkan. Sesi ini dipengerusikan oleh Tn. Hj. Nik Nashron, selaku Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan.

ee73f8a9 4355 4cb0 9e9d e7cc517a52e9

cef09bd7 9a15 4dc4 ac6d 5d099a860ff6

Sesi penilaian ini menyentuh berkenaan laporan Balance Score Card (BSC) oleh Tn. Hj. Nik Nashron bersama PPP dan PYD. Penilaian ini merujuk kepada Profil inisiatif semua tugasan yang dilaksanakan samaada berjaya atau tidak dan prestasi SKT juga diambil kira semua aspek M1 (penghasilan tugas utama) M2 (inovasi/kreativiti) M4 (perundingan/sanjungan kepakaran) dan M5 (khidmat university/masyarakat) yang perlu diselesaikan oleh PYD.Penilaian seterusnya menekankan tentang halatuju PPKT bagi tahun 2025 serta harapan beliau dalam peningkatan prestasi staf dan juga jabatan.

f64f4969 fde3 4b33 8038 bd4bed8f15ff

ffa8fa47 6e4d 4832 bb08 ea117701d3ba

Penilaian ini diharap dapat membantu menilai markah prestasi PYD, pergerakan gaji KGT serta kemajuan kerjaya mengikut gred jawatan PYD tersebut. Penilaian ini juga dibuat selaras hasrat Universiti untuk kecemerlangan Apex dan pengurusan terbaik.

Teks & gambar disediakan oleh : Mohd Zulkifly Bin Ibrahim