Qurban Perdana PPKT 2024
17 Jun 2024, Isnin – Bagi mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan julung kalinya telah menganjurkan satu program Qurban Perdana PPKT. Program yang berlangsung pada hari raya pertama ni telah dilaksanakan di sebuah tapak penyembelihan di Kampung Senok, Bachok, Kelantan.
Seramai tujuh orang peserta telah mengambil bahagian di dalam program Qurban Perdana ini yang terdiri daripada staf PPKT dan ahli keluarga. Bermula pada jam 9.00 pagi, seekor lembu telah disembelih oleh tukang sembelih tempatan bagi menyempurnakan ibadah korban ahli-ahli yang mengambil bahagian di dalam program ini. Setelah selesai proses penyembelihan, ahli-ahli yang hadir termasuk Timbalan Pengarah PPKT Kampus Kesihatan, Tn. Hj. Nik Nashron telah bersama-sama melapah daging lembu sebelum diagihkan mengikut bahagian peserta.
Program yang julung kali dianjurkan oleh PPKT Kampus Kesihatan ini telah berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1.00 tengah hari. Berbekalkan pengalaman penganjuran program korban ini, pihak PPKT berharap ianya dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dengan jumlah penyertaan yang lebih besar lagi. Program ini juga diharap dapat mengeratkan ukhwah sesama staf PPKT, keluarga dan juga komuniti di luar USM, selain mencari keberkatan didalam ibadah korban.
Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Faris Haikal