Skip to main content

PROGRAM SARINGAN KESIHATAN KENDIRI PPKT 2024

IMG 20240515 143505 1

14 Mei 2024 (Selasa) - Pihak PPKT Kampus Kesihatan mengambil inisiatif melalui Unit Klinikal Hospital USM bagi memudahkan staf PPKT Kampus Kesihatan menjalankan Saringan Kesihatan Kendiri seperti hebahan oleh pihak Pendaftar.Melalui hebahan tersebut, staf berstatus tetap wajib mengemaskini Saringan Kesihatan Kendiri di Sistem HRMIS dan Profiling Digital Kesihatan Psikologi(MyPsyD).

IMG 20240515 143612 3

IMG 20240515 143637 3

Ketua program,En Azahari Omar dibantu oleh En Wan Mohd Faizal Wan Azman telah mengadakan perbincangan dan mencadangkan program saringan ini dilakukan di Hospital USM bagi menjimatkan kos dan masa staf PPKT.Cadangan tersebut disambut baik oleh Unit Klinikal Hospital USM melalui Dr Tengku Mastura yang mana beliau mencadangkan pemeriksaan dilakukan di Klinik Rawatan Keluarga (KRK) pada sebelah petang.

IMG 20240515 143738 1

IMG 20240515 144316 1

Sebuah jadual lawatan staf PPKT ke KRK dihasilkan bagi menyusun aktiviti pemeriksaan serta mengelakkan kesesakan antara pesakit di klinik.Saringan kesihatan yang perlu dikemaskini di Sistem HRMIS ialah berat badan,tinggi,bacaan tekanan darah,bacaan gula dalam darah dan bacaan kolestrol.Program ini berlangsung selama 2 minggu bermula 14 Mei hingga 21 Mei 2024.

Teks Berita oleh : Wan Mohd Faizal Wan Azman    Gambar oleh : Siti Salbiah M. Salleh