Program Khidmat Komuniti & Kesedaran Kebersihan Pantai PPKT 2023
7 Oktober 2023, Sabtu – Kelab PPKT Kampus Kesihatan telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti Dan Kesedaran Kebersihan Pantai 2023 bertempat di Pantai Irama, Bachok bermula jam 8.30 pagi sehingga 1 tengahari. Seramai lebih kurang 100 orang staf PPKT KK termasuk ahli keluarga telah menyertai program khidmat komuniti ini.
Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada staf PPKT akan kepentingan memberikan khidmat bakti kepada masyarakat, menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan alam sekitar kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat, memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu-membantu sesama masyarakat serta berganding bahu dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan pelbagai aktiviti yang dirancang, menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan Rukun Nilai USM serta memperkenalkan PPKT khususnya dan USM amnya kepada masyarakat setempat. Aktiviti ini juga telah mendapat kelulusan pihak Majlis Daearah Bachok dan Balai Polis Daerah Bachok.
Kesimpulannya, program berjaya menghasilkan impak yang positif khususnya kepada Warga PPKT dan masyarakat setempat serta ianya memupuk semangat setiakawan, bertanggungjawab dan menjadikan amalan gotong royong satu budaya berterusan serta menghindarkan sikap pentingkan diri sendiri.
Teks berita oleh : Che Zamzida Che Cob | Gambar oleh : Haizum Hasan