Penarafan Pengurusan Kenderaan Peringkat Pusat Tanggungjawab Kampus Kesihatan
15 Oktober 2023 – PPKT Kampus Kesihatan telah menerima kunjungan daripada Unit Audit Dalam, Pejabat Canselori, USM Pulau Pinang yang diketuai oleh Encik Safarudin Bin Mohd Saaya (Ketua Penolong Juruaudit) dan dibantu oleh Encik Mohamad Shafuan Bin Zainul Abideen (Penolong Juruaudit).
Penarafan pengurusan kenderaan ini merupakan program audit tahunan yang telah diperakukan oleh Naib Canselor dan diluluskan oleh Jawatankuasa Audit Universiti (JKA) sebagai usaha penambahbaikan bagi meningkatkan kawalan dalaman dan tadbir urus Universiti.
Sesi audit ini bermula pada jam 10.30 pagi dengan penerangan mengenai skop audit. Pihak PPKT diwakili oleh En. Azahari (Ketua Pegawai Aset), En. Azmanzaifikar (Pegawai Aset), Puan Nur Hidayah (Pegawai Kenderaan), Puan Azlizawati (Pegawai Pemeriksa Aset), En. Mohd Darimi (Pegawai Aset), En. Kamarulzaman (PIC Kenderaan) dan En. Wan Abshah Rizal (Pemandu Kenderaan).
Semasa sesi audit, terdapat beberapa teguran yang diberikan dan diambil maklum untuk penambahbaikan di masa yang akan datang. Audit tamat pada jam 12.30 tengahari dengan sesi persegaran makan tengahari untuk semua yang terlibat.
Teks berita & gambar oleh : Nur Hidayah Abdul Halim