Skip to main content

Majlis Penghargaan Staf Puan Normawati

15 Februari 2024, Khamis – Satu majlis penghargaan dan perpisahan telah diadakan untuk Pn Normawati binti Abdullah yang akan berpindah ke Unit Rekod Perubatan HUSM. Majlis yang diadakan di Dewan Kuliah C PPSK, Kampus Kesihatan ini telah dihadiri oleh hampir semua staf PPKT.

46c217ae 8139 41f3 96c1 8eca86c1f2c1

Pn Normawati telah berkhidmat di PPKT selama dua puluh empat tahun, di bawah Seksyen PTPA dan Korporat & Telefonis. Beliau telah mendapat pertukaran tempat kerja ke jabatan lain dan tamat perkhidmatan di PPKT pada 15 Februari 2024. Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Tn. Hj. Nik Nashron selaku Ketua Jabatan dan diteruskan dengan ucapan daripada Pn Normawati sendiri.

488e2c55 5b60 4c04 8cb0 b8fef4475b68

c024fc72 2b66 4333 993e 007fd5429701

Sebelum majlis berakhir, satu sesi penyampaian hadiah telah dibuat. Tn. Hj. Nik Nashron menyampaikan hadiah penghargaan daripada jabatan, manakala sumbangan daripada Kelab PPKT Kampus Kesihatan pula telah disampaikan oleh Encik Azirul Azim selaku Pengerusi Kelab. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar kenangan bersama staf-staf PPKT sebelum bersurai. Pihak PPKT mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn Normawati.

14f13a8e ca23 436f be8e b702ec723595

64be3a9f aa77 43e6 b0f9 1540e11f032e

Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim / Gambar Oleh : Muhamad Faris Haikal