Skip to main content

HITFAT X PPKT BOOTCAMP

27 Jun 2024, Khamis – Seiring dengan inisiatif USM dalam penganjuran USMFIT, Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan sebuah program kesihatan untuk semua staf di jabatan ini. Program HITFAT Bootcamp Training ini dianjurkan dengan kerjasama Hitfat Functional Gym, Kota Bharu dan telah dijalankan di pusat gymnasium mereka yang bertempat di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu. Semua staf PPKT Kampus Kesihatan diwajibkan untuk menyertai program yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 27 Jun 2024 dan 2 Julai 2024.

WhatsApp Image 2024 06 27 at 13.52.46 f85fd0ae

Dengan bertemakan Unleash Your Inner Beast, beberapa aktiviti telah diatur oleh pihak Hitfat Functional Gym untuk peserta yang terlibat. Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini adalah perkongsian berkenaan nutrisi dan pemakanan, serta aktiviti fizikal berbentuk latihan selang intensiti sederhana selama 45 minit. Perkongsian ilmu dan latihan fizikal ini telah dikendalikan oleh pengajar yang berpengalaman daripada Hitfat Functional Gym. Walau bagaimanapun, latihan fizikal ini dilaksanakan mengikut kemampuan peserta yang terlibat. Bagi peserta yang mempunyai masalah kesihatan, mereka hanya perlu hadir untuk mendengar perkongsian ilmu pemakanan dan kecergasan yang disampaikan oleh pengajar.

WhatsApp Image 2024 06 27 at 09.18.48 c9c13b06

IMG 20240711 WA0049

WhatsApp Image 2024 07 02 at 11.30.47 bd13eeb2

DEPAN 1

Program yang dianjurkan buat pertama kalinya oleh PPKT Kampus Kesihatan ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya menarik minat staf dalam penjagaan kesihatan serta kecergasan. Pihak PPKT telah merancang untuk membawa program ini ke fasa seterusnya pada masa akan datang. Diharapkan inisiatif seperti ini dapat menyemarakkan lagi semangat staf dalam melakukan aktiviti kecergasan untuk kesihatan tubuh badan. Selain itu, PPKT juga mengharapkan program ini menjadi pencetus idea kepada jabatan lain bagi penganjuran program-program yang berteraskan kecergasan serta penjagaan kesihatan.

WhatsApp Image 2024 07 02 at 10.13.52 aaabe8bb

WhatsApp Image 2024 07 02 at 12.38.26 bf4c984d

 

Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Peserta HITFAT Bootcamp Training