Hari Bersama Pelanggan PPKT 2023 (HBP PPKT 2023)
Sorotan Hari Pertama
PPKT, USM Kubang Kerian, 29 Oktober 2023 – Bertempat di Dataran Kelabu, PPSP berlangsungnya Hari Bersama Pelanggan PPKT 2023. Program yang bakal diadakan dari 29-31 Oktober 2023 adalah bertujuan sebagai ruang PPKT beramah mesra bersama warga kampus bagi mengembangkan perkhidmatan disamping memantapkan lagi mutu perkhidmatan kepada warga kampus. Hari pertama program telah berjaya menarik ratusan staf dan pelajar ke acara HBP PPKT 2023 yang julung kali diadakan ini.
Pelbagai acara disajikan sepanjang program dan diiserikan lagi dengan booth-booth jualan yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, penglibatan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta pamer
Berlangsung serentak pada hari pertama ialah Bengkel Basic Photography Touch & Try Canon Camera yang dikelolakan oleh EOS Malaysia. Bengkel ini cukup bermakna dengan kehadiran EOS Master Canon, Encik Nazri fotografer profesional dari team Canon Capitol Kota Bharu selaku penceramah. Para peserta berpeluang menimba ilmu pengetahuan berkaitan asas fotografi digital selain dapat merasai sendiri teknologi kamera terkini yang canggih oleh Canon.
Waktu kemuncak pada pukul 1 tengahari, diadakan pop kuiz yang diketuai oleh Urusetia HBP untuk mencari 10 orang yang bertuah untuk memenangi kupon-kupon yang bernilai RM100. Penggunjung program juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah melalui kaji selidik kepuasan pelanggan dan pertandingan swafoto.
Acara di Dataran Kelabu ditangguh pada pukul 4 petang dan akan bersambung sehingga 31 Oktober 2023. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Pelanggan PPKT 2023. Layari web HBP https://shorturl.at/fAJLQ
Sorotan Hari Kedua
PPKT, USM Kubang Kerian, 29 Oktober 2023 – Hari kedua HBP PPKT tetap meriah dikunjungi ratusan staf dan pelajar USM mengunjungi khemah urusetia bagi menjawab e-survey kajian kepuasan pelanggan PPKT bagi tahun 2023. Warga USM juga melepaskan peluang untuk mini kuiz Meneka Kapasiti CD bagi merebut hamper yang tersedia dan pengunjung juga tidak melepaskan peluang mendapatkan kupon RM10 dalam acara menjawab soalan Pop Quiz.
Pada jam 10 pagi sehingga jam 12 tengahari berlangsung serentak tiga bengkel khas untuk staf dan pelajar USM iaitu Bengkel Canva: Penghasilan E-Book, Bengkel Explore CapCut, dan IT Talk: GIG Economy. Bengkel tersebut dikelolai oleh penceramah-penceramah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.
Perserta juga tidak juga melepaskan peluang menjawab soalan kuiz dalam bengkel untuk mendapatkan hadiah cenderahati khas limited edition program HBP 2023.
Waktu petang diserikan lagi dengan pertandingan ESports Matchday Mobile Legends yang sertai oleh kumpulan pelajar dari PPSG, PPSP, PPSK, dan staf USM. Penonton dari kalangan warga USM tidak melepaskan peluang memberi sokongan kepada peserta dan menonton pertandingan sehingga tamat jam 4 petang dan pertandingan bersambung esok hari jam 9 pagi.
Acara di Dataran Kelabu ditangguh pada pukul 4 petang dan akan bersambung sehingga 31 Oktober 2023. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi program Hari Bersama Pelanggan PPKT 2023. Layari web HBP https://shorturl.at/fAJLQ
Sorotan Hari Ketiga
Hari Bersama Pelanggan (HBP) PPKT KK 2023 melabuhkan tirai pada hari ketiga dengan berlangsungnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemanang cabutan bertuah dan pertandingan yang dijalankan sepanjang HBP berlangsung.
Dua responden Kajian Kepuasan Pelanggan PPKT yang memenangi Cabutan Bertuah adalah Pn Nur Iwani A Rozak daripada Jabatan Patalogi dan Cik Anis Syafiqa daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan.
Manakala untuk pertandingan Swafoto HBP PPKT KK 2023, dimenangi oleh adik Nur Zarina Binti Zainun daripada Pusat Pengajian Sains Kesihatan dan En Mohd Irwan Kauzi daripada HUSM.
Untuk pertandingan Kira Kapasiti Storan CD pula, pemenangnya adalah En Zawdi Badruddin dari PPKT dan Cik Nur Aafreen Binti Mohammed Parwez Alam dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan.
Setelah 2 hari bertarung dalam perlawanan Esports Mobile Legends, kumpulan Bocah International dan tempat kedua adalah Super Alexandrite ML.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Terima kasih diucapkan kepada semua warga kampus yang mengambil bahagian sepanjang program HBP PPKT KK 2023 berlangsung. Kita jumpa lagi di program Hari Bersama Pelanggan PPKT di tahun hadapan.