Skip to main content

Brisk Walk & Townhall PPKT Siri 2/2024

 

90b5d652 4ae9 4bb3 aeb6 bcf63a6476a0

thumbnail

8b63a0c8 ef84 46a1 a25c 7bec4d51ef7e

15 Februari 2024, Khamis – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan program kesihatan iaitu Brisk Walk Siri 2 di sekitar laluan jogging utama Kampus Kesihatan. Tepat jam 8.30 pagi, semua staf PPKT berkumpul di DK C PPSK dan program dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Ketua Jabatan PPKT KK, Tn. Hj. Nik Nashron. Sebelum memulakan aktiviti berjalan kaki, senaman pemanas badan telah dibuat dan diketuai oleh seorang staf PPKT iaitu En. Wan Mohd Faizal. Selesai senaman ringan tersebut, aktiviti Brisk Walk dimulakan dan semua peserta berjalan kaki bermula daripada DK C PPSK melalui sepanjang laluan jogging utama sehingga ke DK C PPSK.

754d7988 a336 4afa 91cd a44e888fc38b

7dfff5e1 ca1b 45fc a9db 8736f44b3a97

ba8446dc 1475 48a6 89e9 c4496238f8f8

Setibanya di tempat penamat, peserta diberikan rehat serta makan/minum pagi di DK C PPSK Kampus Kesihatan. Pada tempat yang sama juga telah diadakan program seterusnya iaitu Townhall PPKT Siri 2/2024. Townhall ini telah dihadiri oleh hampir kesemua staf PPKT dan dimulakan dengan taklimat oleh Tn. Hj. Nik Nashron. Taklimat dimulakan dengan penerangan tentang muzakarrah kepada semua staf PPKT mengenai pekerjaan seharian kita mestilah berpegang atau niat kepada Allah SWT dan berharap semua staf PPKT melakukan kerja yang terbaik bagi tahun 2024 ini.

thumbnail 1

64c6190f b5b9 41fe 9515 b05d28cc2f92

ee725921 5e82 494c 8429 9ca434b1e232

64be3a9f aa77 43e6 b0f9 1540e11f032e

Agenda seterusnya Tn. Hj. Nik Nashron menjemput semua Ketua Seksyen  untuk membentangkan inisiatif masing – masing dalam BSC bagi tahun 2024. Program townhall siri 2/2024 ini tamat pada jam 12.30 tengah hari setelah semua pembentangan Ketua Seksyen selesai.

Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim / Gambar oleh : Muhamad Faris Haikal