Skip to main content

Bengkel Transformasi dan Halatuju PPKT 2023

HalaTuju01

Bengkel Transformasi Dan Halatuju PPKT 2023 telah diadakan dengan jayanya pada 25 dan 26 November 2022 bertempat di Hotel Perdana. Objektif penganjuran bengkel ini adalah bagi merancang halatuju PPKT dalam pelbagai aspek perkhidmatan bagi tahun 2023, mentransformasi PPKT ke arah yang lebih mampan dan mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan mengeratkan hubungan sesama staf PPKT serta memperkasakan kerja berpasukan ke arah mencapai objektif jabatan.

HalaTuju02

HalaTuju03

Bengkel pada hari pertama, 25 November 2022 dimulakan pada sebelah pagi dengan sesi pendaftaran dan minum pagi, ucapan serta taklimat bengkel oleh Timbalan Pengarah PPKT (Tuan Hj. Nik Nashron Bin Ab Aziz), pembahagian kumpulan, sesi bergambar dan sesi perbincangan dalam kumpulan.  Peserta dibahagikan kepada dua dewan di mana Dewan 1 melibatkan Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen, Ketua Unit dan staf sokongan yang dipilih oleh Ketua Seksyen masing-masing (25 orang) dan Dewan 2 melibatkan staf sokongan yang dipilih oleh Ketua Seksyen (35 orang).  Semua peserta Bengkel diwajibkan memakai Baju Korporat PPKT.Pada sebelah petang diadakan sesi pembentangan kumpulan, diskusi dan rumusan.  Bengkel tamat pada jam 06.00 petang.

HalaTuju04

HalaTuju05

HalaTuju06

Bengkel hari kedua, 26 November 2022 diadakan di Dewan Kijang 4 melibatkan Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen, Ketua Unit dan staf sokongan yang dipilih oleh Ketua Seksyen masing-masing (25 orang).  Sesi ini melibatkan perbincangan kumpulan dan membincangkan mengenai BSC / Indeks Prestasi Staf Tahun 2022 (semakan), BSC / Indeks Prestasi Staf Tahun 2023 (perancangan dan tindakan susulan), perancangan latihan 2023 serta pembengan Profil Inisiatif Tahun 2023, diskusi dan rumusan. Bengkel tamat pada jam 05.00 petang.

Teks berita oleh : Pn Nur Hidayah Binti Abdul Halim

foto oleh : staf PPKT KK