Skip to main content

Bengkel Pengurusan Aset, Access Door, Kad Pintar & Pembaikian ICT 2024

2E8A7137 1

8 September 2024, Ahad – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan Bengkel Pengurusan Aset, Access Door, Kad Pintar & Pembaikian ICT 2024 bersama rombongan staf PPKT Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal di Bilik Tutorial A PPSP. Tepat jam 8.30 pagi, pendaftaran Ketua Jabatan PPKT & semua peserta dari kedua - dua kampus. Selepas selesai pendaftaran tersebut maka ucapan aluan & taklimat Bengkel oleh En. Hisyam Yaacob (Pegawai Teknologi Maklumat PPKT).

2E8A7145 1

2E8A7143 1

Bengkel ini diadakan dari pukul 8.30pg hingga 5.00ptg. Perbincangan antara semua peserta ketiga - tiga kampus mengenai Pengurusan Aset, Access Door, Kad Pintar & Pembaikian ICT dan seterusnya pembentangan mengikut kumpulan masing - masing kepada semua peserta & Ketua Jabatan PPKT.

2E8A7157 1

2E8A7155 1

Selepas selesai pembentangan tersebut maka diakhiri dengan rumusan bengkel oleh peserta dan Ketua Jabatan PPKT. Tujuan bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan halatuju dan idea terbaru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam PPKT kampus masing - masing.

 

Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim / Gambar oleh : Siti Salbiah