Bengkel Kajian Pencapaian Pertengahan Tahun PPKT 2024
9 Julai 2024, Selasa – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan telah melaksanakan Bengkel Kajian Pencapaian Pertengahan Tahun 2024 di Bilik Tutorial A PPSP. Tepat jam 8.30 pagi, pendaftaran Ketua Jabatan PPKT & semua Ketua Bahagian (KB), Ketua Seksyen (KS) dan Ketua Unit (KU). Selepas selesai pendaftaran tersebut maka ucapan aluan & taklimat Bengkel oleh Tn Hj Nik Nashron (Timbalan Pengarah PPKT).
Bengkel ini diadakan dari pukul 8.30pg hingga 5.00ptg. Perbincangan antara KS dan KU mengenai pencapaian pertengahan tahun berlangsung dan seterusnya pembentangan mengikut Seksyen masing - masing kepada semua peserta & Ketua Jabatan PPKT.
Selepas selesai pembentangan tersebut maka diakhiri dengan rumusan bengkel oleh peserta dan Ketua Jabatan PPKT. Tujuan bengkel tersebut diadakan untuk membincangkan halatuju dan idea terbaru untuk meningkatkan mutu perkhidmatan dalam seksyen masing - masing.
Teks berita oleh : Mohd Zulkifly Ibrahim / Gambar oleh : Noraini Md Zain