Bengkel Indeks Prestasi Staf 2023
6 Februari 2023, Isnin – Sebuah bengkel telah dilaksanakan untuk semua ketua di Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT), Kampus Kesihatan. Bengkel yang bertempat di Bilik Tutorial A PPSP . Bengkel ini dihadiri seramai 25 orang ketua yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Bahagian, Ketua Seksyen dan Ketua Unit bagi setiap seksyen di PPKT.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membincangkan inisiatif kerja serta KPI setiap seksyen. Inisiatif dan KPI tersebut akan dimasukkan ke dalam sistem Indeks Prestasi Staf (BSC) untuk penilaian beban tugas setiap staf, selain akan digunakan juga dalam penilaian prestasi staf pada akhir tahun. Pada permulaan bengkel, Tuan Haji Nik Nashron selaku Ketua Jabatan PPKT telah menerangkan kepada semua peserta berkenaan templat yang digunakan untuk mengisi maklumat inisiatif kerja dan KPI. Bengkel diteruskan dengan perbincangan serta pengisian inisiatif dan KPI oleh setiap peserta bagi seksyen masing-masing.
Sebelum bengkel berakhir, sesi pemurnian maklumat Indeks Prestasi Staf telah dibuat bersama semua peserta bengkel. Tepat jam 4.30 petang, bengkel tamat dan semua peserta bersurai.
Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Muhammad Faris Haikal