Skip to main content

Bengkel Halatuju PPKT 2023

17 November 2023, Jumaat – Bertempat di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, telah diadakah sebuah bengkel yang membincangkan halatuju serta perancangan Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT). Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah disertai seramai 40 orang staf PPKT, yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Pegawai Teknologi Maklumat dan beberapa orang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.

Sepanjang dua hari bengkel ini berlangsung, peserta telah dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan yang menggabungkan staf-staf daripada semua seksyen di PPKT. Setiap kumpulan ditugaskan untuk membicangkan serta menyumbang idea bagi perancangan, penambahbaikkan serta keperluan bagi operasi dan pengurusan PPKT untuk tahun 2024. Beberapa kelemahan dan Standard Operating Procedure (SOP) telah dibincangkan untuk dibuat penambahbaikkan bagi memastikan perkhidmatan PPKT kepada seluruh warga staf Kampus Kesihatan dapat dipertingkatkan pada tahun hadapan.

Sebelum bengkel berakhir, satu sesi pembentangan telah diadakan, di mana setiap kumpulan perlu menghantar wakil bagi membentangkan hasil perbincangan dan idea-idea baharu yang telah mereka hasilkan sepanjang bengkel berlangsung. Input serta idea yang telah diberikan oleh peserta-peserta bengkel ini diharapkan dapat menghasilkan satu pembaharuan yang akan meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan PPKT pada tahun 2024 dan tahun-tahun seterusnya.

Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Wan Abshah Rizal