Skip to main content

PERLAWANAN BOLING PERSAHABATAN ANTARA PPKT KK & MET TERENGGANU

 MG 3660

17 Jun 2023, Sabtu – Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi Kampus Kesihatan (PPKT KK) telah menerima jemputan perlawanan boling persahabatan daripada Pejabat Meteorologi Terengganu (MET Terengganu). Perlawanan persahabatan yang berlangsung di KB Land, Kota Sri Mutiara Kota Bharu ini bermula pada jam 10 pagi dan disertai oleh 15 orang staf PPKT KK. Ketua Jabatan PPKT KK, Tn. Hj. Nik Nashron juga turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan lagi perlawanan persahatan ini.

 MG 3771

 MG 3765

MET Terengganu pula telah menghantar seramai 15 orang pemain termasuk Penolong Pengarah Kanan Pejabat Meteorologi Terengganu, En. Saifulrehan. Peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut jabatan. Walau bagaimanapun, markah dikira secara individu dan setiap peserta disediakan hadiah mengikut kedudukan markah masing-masing. Perlawanan ini telah berjaya merapatkan lagi ukhwah di antara kedua-dua jabatan selain memberi peluang kepada semua peserta beriadah setelah penat melaksanakan tugas seharian di pejabat.

 MG 3701

Semua pemain perlu menghabiskan 3 pusingan permainan dan markah keseluruhan telah diambil untuk menentukan kedudukan setiap pemain. Setelah semua pusingan tamat dan keputusan diperolehi, berlangsung pula sesi penyampaian hadiah kepada semua pemain. Hadiah telah disampaikan oleh En. Azirul Azim selaku Pengerusi Kelab PPKT KK, En. Saifulrehan dan juga Tn. Hj. Nik Nashron. Acara penyampaian hadiah diakhiri dengan sesi pertukaran plak dan cenderahati antara Ketua Jabatan PPKT KK dan Penolong Pengarah Kanan Pejabat Meteorologi Terengganu sebagai tanda persahabatan di antara kedua-dua jabatan. Program ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari.

 MG 3858

 MG 3901

Teks berita oleh : Siti Salbiah | Gambar oleh : Siti Salbiah