Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)

IMG 4643

19 Julai 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) kampus kesihatan pada tahun ini telah  berjalan dengan lancar dan disambut meriah oleh  warga staf PPKT kampus kesihatan dan para tetamu yang datang beramai-ramai menikmati pelbagai juadah istimewa yang telah disediakan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah berlangsung di ruang pejabat PPKT kampus kesihatan bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPKT kesihatan, Tuan Haji Nik Nashron Abdul Aziz. Semangat kerjasama dikalangan staf ppkt ditonjolkan melalui aktiviti gotong royong menyiapkan persiapan sebelum dan selepas untuk majlis sambutan Hari Raya PPKT. Tahun ini pelbagai juadah yang enak disajikan kepada tetamu  seperti nasi dagang, aneka jenis kek, soto, nasi impit, ais krim goyang dan lain-lain lagi.

Adalah diharap agar dengan adanya majlis ini, ikatan ukhwah antara staf PPKT dan juga warga kampus kesihatan dapat dieratkan seterusnya membantu USM mencapai lebih banyak kecemerlangan di masa akan datang.



Ditulis dan disediakan oleh:
Unit Web dan Multimedia / Pejabat Timbalan Pengarah

Salam Lebaran

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI WARGA PPKT KAMPUS KESIHATAN, USM

pastedImage

 

Kursus Training for Trainer (ToT) Microsoft Power BI Siri II 2017

 IMG 20170222 112644  IMG 20170220 093136  

Siri II latihan berteraskan Training for Trainer (ToT) untuk menggunakan perisian Microsoft Power Bi telah
dijalan pada 20hb, 22hb & 23hb Febuari 2017. Latihan siri II ini telah dihadiri oleh seramai 18 orang peserta yang  terdiri  daripada  wakil  Unit  Kejururawatan  Hospital  USM  (HUSM).  Program  ini  bertujuan  untuk mendedahkan  peserta  kepada  satu  perisian  untuk  menghasilkan  reporting  daripada  data  yang  ada  di jabatan masing - masing. Perisian ini adalah percuma untuk digunakan oleh staf USM.

Latihan telah dijalankan dengan jayanya, dengan bantuan tenaga pengajar daripada staf PPKT yang telah
mendapat latihan khusus menggunakan perisian Microsoft Power BI daripada Microsoft. Tenaga pengajar terdiri daripada Mohd Fadzali Abu Bakar, Mohd Nazri Mat Husin dan Nuru Asyikin Mamat Saman.


Diharap  agar  perkongsian  ilmu  yang  diberikan  akan  dapat  diadaptasi  dalam  kerja  seharian  peserta  dan menghasilkan sesuatu yang berguna kepada jabatan khususnya dan USM amnya.


Ditulis oleh: Mohd Nazri Mat Husin

Technology Update: Data Visualisation using Microsoft Power BI

Satu  majlis  Technology  Update:  Data  Visualisation  using  Microsoft  Power  BI  telah  dijalankan  pada  15 Febuari 2017 bertempat di Bilik Latihan, PPKT Kampus Kesihatan. Siri pengkongian ilmu ini telah dijalankan oleh pasukan penggerak Power BI PPKT Kampus Kesihatan kepada staf PPKT sendiri. Siri ini bertujuan bagi mendedakan kepada staf mengenai perisian Microsoft Power BI yang mana ianya boleh digunakan untuk menghasilkan reporting dengan menggunakan data yang ada.
Program selama 2jam ini telah dihadiri oleh lebih staf PPKT daripada unit & seksyen yang terlibat. Diharap agar   perkongsian   ilmu   yang   diberikan   akan   dapat   diadaptasi   dalam   kerja   seharian   peserta   dan menghasilkan sesuatu yang berguna kepada jabatan khususnya dan USM amnya.


Ditulis oleh: Mohd Nazri Mat Husin

Kursus Training for Trainer (ToT) Microsoft Power BI Siri I 2017

IMG 20170124 091518   WhatsApp Image 2017 04 16 at 9.48.35 AM  IMG 20170125 100209

Satu latihan berteraskan Training for Trainer (ToT) untuk perisian Microsoft Power BI telah dijalankan pada 23hb – 25hb Januari 2017.

Latihan ini telah dihadiri oleh 10 orang staf yang terdiri daripada Unit Rekod,
Jabatan  Bendahari  dan  Jabatan  Farmasi  HUSM.  Program  yang  julung  kali  diadakan  ini  bertujuan  untuk mendedahkan  peserta  kepada  satu  perisian  untuk  menghasilkan  reporting  daripada
data  yang  ada  di jabatan masing - masing. Perisian ini adalah percuma untuk digunakan oleh staf USM.
Latihan telah dijalankan dengan jayanya, dengan bantuan tenaga pengajar daripada staf PPKT yang telah
mendapat latihan khusus menggunakan perisian Microsoft Power BI daripada Microsoft. Tenaga pengajar terdiri daripada Mohd Fadzali Abu Bakar, Mohd Nazri Mat Husin dan Nuru Asyikin Mamat Saman.


Diharap  agar  perkongsian  ilmu  yang  diberikan  akan  dapat  diadaptasi  dalam  kerja  seharian  peserta  dan menghasilkan sesuatu yang berguna kepada jabatan khususnya dan USM amnya.


Ditulis oleh: Mohd Nazri Mat Husin