Majlis meraikan perpisahan staf PPKT Kesihatan

         Perpisahan 3 Perpisahan 1 Perpisahan 2

23hb Ogos 2017 – Satu majlis meraikan perpisahan staf Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan iaitu Cik Siti Nurulaini binti Abdul Nasir, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat yang bertukar tempat kerja telah diadakan di ruang pejabat PPKT.

Cik Siti Nurulaini binti Abdul Nasir atau lebih dikenali dengan nama Aini di kalangan rakan sekerja telah mendapat pekerjaan baru di Fumakila Malaysia Berhad di bahagian Sokongan Sistem Teknologi Maklumat.

Cik Siti Nurulaini binti Abdul Nasir mula berkhidmat di USM di Unit Sistem Maklumat, HUSM pada Mei 2011 sehingga Ogos 2012. Pada tahun 2013 sehingga Ogos 2017, beliau telah bertugas di PPKT, Kampus Kesihatan. Beliau yang merupakan anak sulung daripada 3 orang adik beradik mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer Pembangunan Perisian daripada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Seluruh warga PPKT amat menghargai segala jasa, khidmat dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang beliau bertugas di USM. Pihak PPKT mengucapkan selamat bertugas di tempat kerja baru dan semoga Cik Siti Nurulaini binti Abdul Nasir terus cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan di mana sahaja beliau berada.

Ditulis dan disediakan oleh: Unit Web dan Multimedia