Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT)

IMG 4643

19 Julai 2017 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) kampus kesihatan pada tahun ini telah  berjalan dengan lancar dan disambut meriah oleh  warga staf PPKT kampus kesihatan dan para tetamu yang datang beramai-ramai menikmati pelbagai juadah istimewa yang telah disediakan.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah berlangsung di ruang pejabat PPKT kampus kesihatan bermula pada jam 11.00 pagi sehingga 3.00 petang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah PPKT kesihatan, Tuan Haji Nik Nashron Abdul Aziz. Semangat kerjasama dikalangan staf ppkt ditonjolkan melalui aktiviti gotong royong menyiapkan persiapan sebelum dan selepas untuk majlis sambutan Hari Raya PPKT. Tahun ini pelbagai juadah yang enak disajikan kepada tetamu  seperti nasi dagang, aneka jenis kek, soto, nasi impit, ais krim goyang dan lain-lain lagi.

Adalah diharap agar dengan adanya majlis ini, ikatan ukhwah antara staf PPKT dan juga warga kampus kesihatan dapat dieratkan seterusnya membantu USM mencapai lebih banyak kecemerlangan di masa akan datang.



Ditulis dan disediakan oleh:
Unit Web dan Multimedia / Pejabat Timbalan Pengarah