Kursus 'MVC Framework Using CodeIgniter' Anjuran PPKT Kesihatan

ci0

 

USM, KUBANG KERIAN, 16hb Oktober 2017 -  Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kesihatan dengan kerjasama PPKT Induk telah menganjurkan Kursus 'MVC Framework Using CodeIgniter' selama 2 hari bermula 15 Oktober sehingga 16 Oktoberr 2017 bertempat di Makmal CAI, Pusat Pengajian Sains Perubatan.

Pengajar kursus ini ialah Encik Mohd Nurul Haizad Bin Jusoh, Pegawai Teknologi Maklumat dari PPKT Induk. Seramai lebih daripada 30 orang peserta yang merupakan staf PPKT Kesihatan telah menyertai kursus ini.  

 

ci1

ci2

 

Ditulis dan disediakan Oleh :

Unit Web & Multimedia

Taklimat Sistem E-Kedatangan HUSM

USM, KUBANG KERIAN, 8hb Oktober 2017 - Satu bengkel berkenaan Sistem E-Kedatangan HUSM yang baru menggantikan sistem E-Pergerakan HUSM yang lama telah diadakan di Kampus Kesihatan di mana para pesertanya terdiri daripada wakil-wakil setiap Unit dan Bahagian HUSM. Taklimat mengenai sistem ini telah disampaikan oleh Puan Suhaini Binti Ahmad, Pegawai Teknologi Maklumat , Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Induk dengan kerjasama PPKT Kesihatan.

e datanghusm1

e datanghusm2

e datanghusm3

 

Ditulis dan disediakan Oleh :

Unit Web & Multimedia

Sekitar e-Pilih Pemilihan Wakil MPPUSM Sesi 2017/2018 Di Kampus Kesihatan

USM, KUBANG KERIAN, 8hb Oktober 2017 - Aktiviti pengundian dan pemilihan ahli Majli Perwakilan Pelajar USM sesi 2017/2018 oleh para pelajar di Kampus Kesihatan menggunakan sistem e-Pilih yang dikendalikan oleh Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kesihatan.

e pilih2

e pilih3

e pilih4

 

Ditulis dan disediakan Oleh :

Unit Web & Multimedia

Program IT-FEST 2017 Anjuran PPKT Kesihatan

IT FEST 2017 00 lowres

USM, KUBANG KERIAN, 28hb Sept 2017 -  Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kesihatan telah mengadakan Program IT-FEST 2017 selama 5 hari  bermula 24 September sehingga 28 September 2017. Sepanjang berlangsungnya program ini, pelbagai gerai yang menarik boleh dilawati pengunjung seperti gerai jualan barangan ICT, gerai jualan makanan dan minuman serta gerai jualan insurans.

IT FEST 2017 01 lowres

Selain itu, terdapat juga booth beberapa agensi kerajaan seperti PTPTN dan MAIK yang menyediakan perkhidmatan berkaitan. Aktiviti lain yang turut disediakan ialah program menderma darah yang dikendalikan oleh Unit Tabung Darah HUSM dan juga Pameran Kejururawatan.

 

Disediakan Oleh :

Unit Web & Multimedia

Kursus Microsoft Power BI Anjuran PPKT Kesihatan Bersama PTI

Power BI 25 26 sept 2017

USM, KUBANG KERIAN, 26hb Sept 2017 -  Pusat Pengetahuan, Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kesihatan dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan (PTI) Kampus Kesihatan, telah menganjurkan Kursus Microsoft Power BI selama 2 hari bermula 25 September sehingga 26 September 2017.

Tenaga pengajar terdiri daripada staf PPKT iaitu Encik Mohd Nazri Bin Mat Hussin, Encik Mohd Fadzali Bin Bakar, Cik Nuru Asyikin Binti Mamat Saman dan Puan Anis Binti Ramli. Seramai lebih daripada 20 orang peserta dari pelbagai PTJ di Kampus Kesihatan telah menyertai bengkel pada kali ini.  

Power BI merupakan aplikasi percuma oleh Microsoft yang berfungsi sebagai satu alat untuk mencari, menggali, mengolah dan menganalisis data untuk pelbagai tujuan kegunaan organisasi sama ada sektor awam mahupun swasta.

 

Disediakan Oleh :

Unit Web & Multimedia