PPKT Kampus Kesihatan  |  Kami Memimpin

A- A A+
Log Masuk

Login to your account

Username *
Password *
Remember Me

Lindungi sistem komputer dan data anda daripada Ransomware

  1. Kenali Ransomware

Ransomware adalah perisian jahat atau malicious software (malware) direka khas untuk menjangkiti sebuah sistem komputer atau peranti mudah alih tanpa pengetahuan pengguna. Perisian jahat ini dicipta untuk melaksanakan fungsi tertentu bergantung kepada matlamat penciptanya, antara fungsi perisian jahat termasuk mengintip dan mencuri data (cyber espionage), memeras ugut (ransomware), memadam data (angkara cecacing) dan menjejaskan sistem komputer.

Dalam isu serangan Ransomware ‘WannaCry’, ia dikatakan merebak dengan cepat kerana jangkitan tersebut berlaku melalui cecacing (worm) yang dihantar melalui spam e-mel yang mempunyai pautan berbahaya (malicious links) dan juga melalui dokumen Word, PDF atau fail lain yang disebarkan melalui e-mel. Cecacing ini akan menular di dalam rangkaian sistem komputer dengan sendiri berlainan kaedahnya dengan jenis Ransomware lain yang hanya akan bertindak setelah mendapat arahan dari penjenayah siber yang dibuat secara ‘remote’.

Sumber : faq Ransomware CyberSecurity Malaysia

  1. Langkah -langkah mencegah Ransomware

i. Melakukan ‘backup’ secara berkala dan data disimpan di dalam peranti storan luaran yang berasingan secara offline.

ii. Pastikan sistem operasi komputer dan perisian dikemaskini dengan tampalan (patch) terkini (Windows XP/7).
     Muat turun security patch

iii. Pastikan kemaskini Windows (Windows Update) sistem operasi komputer Windows 8/10 ditetapkan secara automatik.
     Bagaimana ‘turn on’ Windows Update

iv. Elakkan membuka pautan/lampiran dalam email yang tidak diminta.
     Bagaimana kenalpasti phishing email

v. Install perisian antivirus terkini dan kemaskini ‘virus signature’.
     Muat turun perisian ESET Endpoint Security 6
     Panduan pemasangan ESET Endpoint Security 6

ransomware.jpg

  1. Langkah - langkah yang perlu diambil apabila terkena serangan Ransomware

i. Disconnect komputer anda daripada rangkaian.

ii. Jangan shutdown/restart komputer anda.

iii. Hubungi PPKT Hotline (1111) dengan segera.

 

 

Disediakan oleh ;

Unit Rangkaian & Keselamatan ICT
PPKT Kampus Kesihatan
2017

Tech Talk

Coffee Break : What is Office 365 Planner
planner
Date : 25 Mac 2018
Time : 9.30am - 11.00am
Venue : Bilik Latihan PPKT
by : En. Mohd Nazri B Mat Husin

Hubungi Kami

Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
Universiti Sains Malaysia,
Kampus Kesihatan
16150 Kubang Kerian
Kota Bharu, Kelantan
 
Tel : +609-7673000
Faks : +609-7671060
Email:

Pautan Kerajaan

mygovmscmqa

Penafian

Universiti Sains Malaysia, Health Campus shall not be liable for any loss or damage caused by the usage of any information obtained from this web site.

Security & Privacy Policy

  • Last Modified: 11 Jun 2018.