Cara disable autorun USB

Pada masa sekarang penyebaran dan jangkitan virus, spyware atau malware banyak melalui USB Flash Disk .


Flash Disk yang dijangkiti virus apabila disambungkan kepada komputer yang bersih (Tidak Ada Virus), dan pada komputer tersebut setting untuk

Autoplay @ Autorunnya Enable (Default), maka komputer tersebut akan dijangkiti oleh Virus, kecuali jika komputernya mempunyai update anti virus

terbaru yang mengenali virus tersebut (virus Pattern).


Untuk membuat Disable Autorun ialah dengan cara :
1. Klik Button Start -> Run @ Button Win + R

2. Taip gpedit.msc dan klik OK.
3. Klik pada User Configuration --> Administrative Templates --> System.

Shoot002

4. Double klik pada Turn Off Autoplay.

5. Klik option Enable.

6. Pada option Turn Off Autoplay on, pilih All drives.
7. Klik OK.

Mengenali PC Anda - Lakukannya Sendiri

Pengenalan

Sebelum anda menambah-baik perkakasan anda, memasang perisian baru, atau membaik-pulih sesuatu masalah komputer, anda perlu mengetahui ciri-ciri sistem komputer anda seperti versi sistem pengoperasian Windows, saiz memori RAM atau saiz pemacu cakera yang sedia terpasang. Tidak kira samada anda sendiri yang menjalankan kerja komputer anda atau anda mengupah tenaga profesion yang diiktiraf untuk melakukannya, memulakan langkah dengan menyelidiki terlebih dahulu mengenai komponen perkakasan dan perisian dalam sistem komputer anda adalah satu tindakan yang bijak.{mospagebreak title=Mengetahui Versi Sistem Pengoperasian Windows Anda}

Mengetahui Versi Sistem Pengoperasian Windows Anda

Kebanyakan aturcara komputer dan sesetengah jenis perkakasan hanya boleh berfungsi pada versi-versi sistem pengoperasian Windows yang tertentu sahaja. Untuk mengelak daripada membeli produk yang tidak sesuai dengan persekitaran sistem komputer anda, anda harus mengetahui apakah versi sistem pengoperasian Windows yang anda pakai.

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop.

    Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

    4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

    6. Klik butang OK.

    7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

    8. Klik butang OK.

    9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

  2. Pilih item Properties.

  3. Satu tetingkap akan terbuka. Pada bahagian permulaan teks kandungan tetingkap berkenaan, terdapat baris-baris perkataan yang menghuraikan tentang ciri-ciri 'System'. Ia mengandungi keterangan mengenai versi sistem pengoperasian Windows dan juga "service packs" (koleksi terkini dan patch keselamatan) yang telah dipasang pada komputer anda. Sebagai satu contoh, sila lihat rajah berikut:-

{mosimage}

Versi sistem pengoperasian Windows bagi contoh gambarajah di atas ialah Microsoft Windows XP Professional Version 2002 Service Pack 2. {mospagebreak title=Mengetahui Versi Internet Explorer Anda}

Mengetahui Versi Perisian Internet Explorer Anda

Sebahagian perisian yang anda pakai atau sesetengah tapak Web yang anda layari hanya dapat berfungsi dengan baik dalam perisian Internet Explorer bagi versi-versi tertentu sahaja. Untuk mengetahui apakah versi perisian Internet Explorer yang sedang anda pakai, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

  1. Klik berganda ikon Internet Explorer pada desktop. Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah Windows dan kemudian klik pada pintasan berlabel Internet Explorer atau Internet.

  2. Perisian Internet Explorer akan terbuka. Klik menu drop-down Help.

  3. Klik item About Internet Explorer.

  4. Satu tetingkap akan terbuka. Pada bahagian permulaan teks kandungan tetingkap berkenaan, terdapat sebaris perkataan yang menghuraikan tentang ciri-ciri versi perisian Internet Explorer anda. Angka-angka yang dipaparkan bersebelahan dengan perkataan “Version:” merupakan nombor versi perisian. Sebagai satu contoh, sila lihat rajah berikut:-

    {mosimage}

  5. Versi perisian Internet Explorer bagi contoh rajah di atas ialah 6.0.

  6. Klik butang OK untuk menutupnya kembali.{mospagebreak title=Mengetahui Nama Pengilang dan Kadar Kelajuan Pemproses (CPU) Anda}

Mengetahui Nama Pengilang dan Kadar Kelajuan Pemproses (CPU) Anda

Pemproses yang juga dikenali sebagai CPU merupakan bahagian perkakasan komputer anda yang berperanan melaksanakan tugas-tugas yang disampaikan oleh perisian anda. Boleh dikatakan, lebih pantas pemproses bererti lebih berkuasa komputer anda. Sesetengah aturcara dalam Windows versi baru memerlukan satu tahap minima yang ia dapat bekerja dengan betul. Untuk mengetahui apakah kadar kelajuan CPU anda dan nama syarikat yang membuatnya, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop.

    Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

    4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

    6. Klik butang OK.

    7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

    8. Klik butang OK.

    9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

  2. Pilih item Properties.

  3. Satu tetingkap akan terbuka. Pada bahagian akhir teks kandungan tetingkap berkenaan, terdapat baris-baris perkataan yang menghuraikan tentang ciri-ciri 'Computer'. Ia mengandungi keterangan mengenai nama syarikat yang mengilangkan CPU anda (biasanya ia ialah Intel atau AMD) dan juga kelajuan CPU yang dicatatkan dalam ukuran "MHz" (megahertz) atau "GHz" (gigahertz). Sebagai satu contoh, sila lihat gambarajah berikut:-

{mosimage}

Nama pengilang CPU bagi contoh gambarajah di atas ialah Intel dan kadar kelajuannya ialah 2.80 GHz.{mospagebreak title=Mengetahui Ukuran Saiz Memori (RAM) Komputer Anda}

Mengetahui Ukuran Saiz Memori (RAM) Komputer Anda

Memori komputer anda yang biasanya dirujukkan sebagai RAM (Random Access Memory) ialah perkakasan yang digunakan oleh Windows dan sistem perisian anda untuk menyimpan maklumat sementara. Boleh dikatakan lebih banyak RAM yang anda miliki bermakna lebih banyak aturcara yang dapat anda jalankan secara serentak dan juga lebih pantas komputer anda bekerja. Untuk mengetahui berapakah ukuran saiz memori RAM yang terpasang pada komputer anda, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:- :-

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop.

    Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

    4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

    6. Klik butang OK.

    7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

    8. Klik butang OK.

    9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

  2. Pilih item Properties.

  3. Satu tetingkap akan terbuka. Pada bahagian akhir teks kandungan tetingkap berkenaan, terdapat baris-baris perkataan yang menghuraikan tentang ciri-ciri 'Computer'. Ia mengandungi keterangan mengenai ukuran saiz memori RAM. Sebagai satu contoh, sila lihat rajah berikut:-

{mosimage}

Saiz memori RAM bagi contoh rajah di atas ialah 512 MB.{mospagebreak title=Mengetahui Saiz Pemacu Keras Anda dan Baki Ruang Kosong}

Mengetahui Saiz Pemacu Keras Anda dan Baki Ruang Kosong

Pemacu keras merupakan sejenis pekakasan untuk menyimpan kesemua program dan data dalam komputer anda (bayangkan ia sebagai satu tempat simpanan digital). Jika pemacu keras anda mengandungi terlalu banyak maklumat, komputer anda akan menjadi bertambah perlahan. Jika pemacu cakera menjadi betul-betul penuh, anda tidak akan dapat memasang program baru atau memuat-turun fail daripada Internet sehinggalah anda mengosongkan sebahagian ruang. Untuk mengetahui saiz keseluruhan pemacu cakera anda dan berapakah besar baki ruang kosong yang masih ada, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

  1. Klik berganda ikon My Computer pada desktop.

    Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

    4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

    6. Klik butang OK.

    7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

    8. Klik butang OK.

    9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

  2. Satu tetingkap akan terbuka. Klik kanan pada ikon untuk pemacu keras yang ingin anda semak. Sebagai contoh, jika anda ingin mengetahui saiz dan baki ruang kosong yang masih tinggal untuk pemacu C: anda (iaitu pemacu yang biasa digunakan oleh untuk memasang sistem pengoperasian Windows), klik kanan ikon berlabel C dan satu menu pop-up akan kelihatan.

  3. Pilih item Properties dalam menu berkenaan, satu tetingkap seperti dalam rajah di bawah akan kelihatan pada skrin komputer:-

  4. {mosimage}
  5. Pada tab General, anda harus dapat melihat perkataan 'Used space'. Ia menunjukkan berapa banyak ruang dalam pemacu keras yang telah digunakan. Anda juga harus dapat melihat perkataan 'Free space', yang menunjukkan berapa banyak ruang kosong yang masih tinggal dalam pemacu keras anda. Kedua-dua angka ini dinyatakan dalam ukuran gigabyte (GB) atau megabyte (MB). Jangan terkejut jika anda dapati angka gigabyte anda lebih kecil daripada angka megabyte anda; gigabyte adalah jauh lebih besar daripada megabyte (1 gigabyte adalah bersamaan dengan 1,000 megabyte).

    Dalam contoh rajah di atas saiz pemacu keras C ialah 19.5 GB dimana sebanyak 4.81 GB telah digunakan untuk menyimpan data dan sebanyak 14.7 GB masih kosong.{mospagebreak title=Membuka Penutup Komputer Anda}

Membuka Penutup Komputer Anda

Setelah anda menggunakan sistem pengoperasian Windows untuk mendapatkan maklumat ringkas mengenai ciri-ciri utama PC anda, anda harus membuka penutup komputer dan memeriksa peralatan di dalamnya. Membiasakan diri membuka penutup dan mengenali komponen-komponen di dalamnya adalah penting jika anda mahu melaksanakan penambah-baikan terhadap perkakasan dengan tangan anda sendiri.

  1. Padamkan komputer anda dan tanggalkan plug daripada sambungan elektrik. Ini akan menghalang anda daripada menerima kejutan elektrik yang serius dan akan melindungi perkakasan komputer daripada sebarang kerosakan.

  2. Periksa penutup untuk mengetahui bagaimana ia harus dibuka. Sesetengah penutup hanya terdiri daripada satu kelongsong berbentuk huruf 'U' terbalik dan boleh digelungsurkan bila sesetengah skrunya ditanggalkan. Sesetengah penutup pula mempunyai dua kepingan panel sisi terpisah atau pintu engsel yang boleh digelungsurkan atau diselak keluar bila skru ditanggalkan atau sesuatu butang khas ditekan.

  3. Jika anda masih tidak dapat memperolehi gambaran bagaimana membuka penutup komputer anda, semak dokumen manual yang diperolehi bersama melalui pembelian sistem komputer berkenaan.mycpucase

{mospagebreak title=Mengenali Jenis Antaramuka Pemacu Keras Anda}

Mengenali Jenis Antaramuka Pemacu Keras Anda

Setiap pemacu keras dihubungkan kepada papan induk melalui satu kabel data yang khas bertujuan untuk menghantar maklumat daripada satu bahagian kepada bahagian yang lain. Dengan mengenali apakah jenis antaramuka yang dihubungkan ke kabel berkenaan, anda akan dapat mengenali ciri-ciri pemacu keras anda. Maklumat ini amat perlu jika anda ingin meningkatkan keupayaannya dengan model yang lebih pantas atau menambahkan satu pemacu cakera yang baru.

    1. Padamkan komputer anda dan tanggalkan plug daripada sambungan elektrik. Ini akan menghalang anda daripada menerima kejutan elektrik yang serius dan akan melindungi komputer daripada sebarang kerosakan.

    2. Tanggalkan penutup komputer.

    3. Kenali pemacu keras anda iaitu salah-satu daripada beberapa perkakasan yang mempunyai kabel data (juga dipanggal kabel riben) dan kabel kuasa disambungkan padanya. Sila lihat rajah di bawah.

{mosimage}

  1. Jika pemacu keras itu dihubungkan kepada satu kabel riben yang nipis, anda mungkin menggunakan antaramuka IDE atau EIDE.

  2. Jika pemacu keras itu dihubungkan kepada satu kabel daripada jenis selainnya (berbentuk bulat), anda mungkin menggunakan antaramuka ATA serial atau ultra.

Kaedah lain untuk menentukan antaramuka pemacu keras anda ialah dengan melihat pada perisian Windows Device Manager.

Untuk Windows 2000 dan Windows XP Home/Pro

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop.

    Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

    1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

    4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

    6. Klik butang OK.

    7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

    8. Klik butang OK.

    9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

  2. Pilih item Properties.

  3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Hardware.

  4. Klik butang Device Manager.

  5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Klik tanda campur (+) yang berada bersebelahan dengan katagori IDE ATA/ATAPI controllers. Sila lihat rajah di bawah.

{mosimage}

Anda akan dapat melihat satu senarai controller yang mengandungi beberapa channel. Satu channel IDE menandakan anda menggunakan satu pemacu keras IDE. Satu ATA serial menandakan anda menggunakan satu pemacu keras ATA serial.

 

Untuk Windows 98 dan ME

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop anda.

  2. Pilih Properties.

  3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Device Manager.

  4. Klik tanda campur (+) yang berada bersebelahan dengan kategori Hard disk controllers.

  5. Anda akan lihat satu senarai Channel pada komputer anda. Satu channel IDE menandakan anda menggunakan satu pemacu keras IDE. Satu ATA serial menandakan anda menggunakan satu pemacu keras ATA serial.{mospagebreak title=Mengenali Port USB Anda}

Mengenali Port USB Anda

Kebanyakan perkakasan komputer moden seperti pencetak dan kamera digital disambungkan kepada komputer melalui port USB. Dengan cara menentukan samada komputer anda dilengkapi dengan USB atau tidak, anda akan dapat mengetahui apakah jenis peranti dan gajet yang dapat digunakan dengan komputer anda.

    1. Padamkan komputer anda dan tanggalkan plug daripada sambungan elektrik. Ini akan menghalang anda daripada menerima kejutan elektrik yang serius dan akan melindungi komputer daripada sebarang kerosakan.

    2. Jauhkan komputer anda daripada meja anda supaya anda dapat melihat penutupnya dengan baik. Pada bahagian belakang komputer, sila cari alat penyambung nipis dan berbentuk segiempat tepat (sila lihat rajah di bawah). Itu ialah port USB yang anda boleh pasangkan peranti USB kepadanya seperti pencetak, papan-kekunci, tetikus, kamera digital, dan lain-lain lagi.

{mosimage}

  1. Jika anda tidak dapat menjumpai sebarang port USB pada bahagian belakang komputer, cuba lihat pada bahagian depan penutup. Sesetengah komputer mempunyai port yang tersembunyi di belakang pintu atau panel yang boleh diselak.

{mosimage}  {mospagebreak title=Menentukan Versi USB Anda}

Menentukan Versi USB Anda

Terdapat dua versi USB: 1.1 (agak perlahan) dan 2.0 (sangat pantas). Walaupun kelajuan mereka berbeza, kedua-dua format USB adalah serasi di antara satu sama lain (bermakna anda dapat pasangkan peranti 1.1 kepada port 2.0 dan juga sebaliknya). Dengan cara mengenali kelajuan port USB pada komputer anda, anda akan dapat membuat keputusan dengan mudah tentang apakah jenis perkakasan yang harus anda beli. Contohnya, jika komputer anda mempunyai USB 2.0, anda seharusnya membeli kamera digital yang juga mempunyai USB 2.0 supaya anda dapat memindahkan gambar foto kepada komputer anda pada tahap kelajuan setinggi yang boleh. Untuk menentukan versi USB yang anda miliki, gunakan Windows Device Manager.

Memasang peranti 1.1 kepada port 2.0 tidak akan mengakibatkan peranti anda bekerja dengan lebih pantas. Sebaliknya, memasang peranti 2.0 kepada port 1.1 akan mengakibatkan peranti anda bekerja dengan lebih perlahan.

Untuk Windows 2000 dan Windows XP Home/Pro

    1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop.

      Jika ikon berkenaan tidak didapati pada desktop, klik butang Start pada pepenjuru kiri-bawah windows dan klik kanan item My Computer. Jika tidak terdapat item My Computer pada menu berkenaan, sila laksanakan kaedah langkah demi langkah seperti berikut:-

      1. Klik kanan pada mana-mana ruangan kosong dalam skrin desktop.

      2. Pilih item Properties.

      3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Desktop.

      4. Berdekatan pada bahagian bawah tetingkap, klik butang Customize Desktop.

      5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Pada tab General, pada bahagian bawah perkataan Desktop Icons, tandakan semak pada kotak My Computer.

      6. Klik butang OK.

      7. Anda akan dikembalikan ke skrin terdahulu. Klik butang Apply.

      8. Klik butang OK.

      9. Ikon My Computer akan kelihatan pada desktop.

    2. Pilih item Properties.

    3. Satu tetingkap akan terbuka. Klik tab Hardware.

    4. Klik butang Device Manager.

    5. Satu tetingkap lain akan terbuka. Klik tanda campur (+) yang berada bersebelahan dengan katagori Universal Serial Bus controllers (lihat rajah di bawah).

{mosimage}

  1. Untuk menentukan adakah anda mempunyai versi USB yang terpantas (dipanggil USB 2.0), kenali pengawal USB yang 'enhanced', yang mempunyai nama seperti Enhanced PCI to USB Host Controller, Intel(R) GB USB2 Enhanced Host Controller, atau NEC PCI to USB Enhanced Host Controller. Jika anda tidak dapat melihat perkataan 'enhanced', anda mungkin mempunyai USB 1.1 (versi yang lebih perlahan).

 

Untuk Windows 98 dan ME

  1. Klik kanan ikon My Computer pada desktop anda.

  2. Pilih Properties.

  3. Satu tetingkap terbuka. Klik tab Device Manager.

  4. Klik tanda (+) yang berada bersebelahan dengan kategori Universal Serial Bus controllers.

  5. Untuk menentukan adakah anda mempunyai versi USB yang terpantas (dipanggil USB 2.0), kenalipengawal USB yang 'enhanced', yang mempunyai nama seperti Enhanced PCI to USB Host Controller, Intel(R) GB USB Enhanced Host Controller, atau NEC PCI to USB Enhanced Host Controller. Jika anda tidak dapat melihat perkataan 'enhanced', anda mungkin mempunyai USB 1.1 (versi yang lebih perlahan).{mospagebreak title=Mengenali Port FireWire}

     

 

Mengenali Port FireWire

FireWire ialah sejenis penyambung yang digunakan untuk memindahkan maklumat di antara komputer dan perkakasan seperti pemacu keras luaran atau kamera video. Kelajuan FireWire adalah sama seperti kelajuan USB 2.0. Untuk mengetahui samada komputer anda mempunyai keupayaan FireWire, laksanakan langkah berikut:

    1. Padamkan komputer anda dan tanggalkan plug daripada sambungan elektrik. Ini akan menghalang anda daripada menerima kejutan elektrik yang serius dan akan melindungi komputer daripada sebarang kerosakan.

    2. Jauhkan komputer anda daripada meja anda supaya anda dapat melihat penutupnya dengan baik. Pada bahagian belakang komputer, sila cari alat penyambung berbentuk seperti di dalam rajah di bawah. Itu ialah port FireWire yang anda boleh pasangkan peranti FireWire kepadanya seperti kamera digital video, pemacu DVD luaran, pemacu keras luaran, dan lain-lain lagi.

{mosimage}

  1. Jika anda tidak dapat menjumpai sebarang port FireWire pada bahagian belakang komputer, cuba lihat pada bahagian depan penutup. Sesetengah komputer mempunyai port yang tersembunyi di belakang pintu atau panel yang boleh diselak.