Cara cantumkan fail pdf

Jika anda ingin mencantumkan fail pdf anda, anda boleh berbuat demikian dengan menggunakan perisian Adobe Acrobat Pro.

Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan cantuman tersebut :

1. Buka perisian Adobe Acrobat Pro. Pilih File > Combine > Merge File Into Single PDF

2. Kemudian, pada paparan seterusnya, pilih butang "Add Files". Sila pilih fail-fail PDF yang anda kehendaki, dan tekan butang "Combine Files". Fail-fail anda akan di cantumkan oleh perisian ini. Masa yang di ambil bergantung kepada saiz fail PDF anda.

two

 3. Setelah selesai cantuman, anda akan dikehendaki untuk "Save As" fail cantuman tersebut. Sila lakukan proses tersebut bagi tujuan simpanan. Akhirnya, anda telah berjaya mencantum fail-fail PDF menjadi satu fail tunggal.

'Tips and Tricks' yang berguna dalam perisian Microsoft Excel

1. Bagaimana ingin memilih kesemua row secara pantas

    Caranya: Tekan kunci keyboard "shift" dan "spacebar" serentak

2. Mengira jumlah(sum) bagi row atau column dengan pantas
    Caranya: Aktifkan medan bagi meletakkan jumlah tersebut, tekan kekunci "alt" dan "=" secara serentak

3. Kekalkan paparan tajuk (heading) apabila anda skrol worksheet anda kebawah
    Caranya: Pilih menu view ->freeze panes

4. Memasukkan masa dan tarikh terkini
    Caranya: Untuk Masa ->Tekan kekunci "shift" ,"Ctrl" dan ";" serentak.
         Untuk Tarikh ->Tekan kekunci "Ctrl" dan ";" serentak

5.Tambah dan buang columns atau rows
    Caranya: Untuk tambah ->Tekan kekunci "Ctrl", "shift" dan "=" serentak
         Untuk buang ->Tekan kekunci "Ctrl" dan "-" serentak