Pembangunan Aplikasi

Perkhidmatan Pembangunan Aplikasi

  • Menyelaras bersama dengan Ketua Seksyen dan Timbalan Pengarah Sistem Maklumat terhadap aktiviti pembangunan dan pengurusan sistem maklumat secara bersepadu
  • Membantu usaha penyeragaman prosidur kerja/operasi (SOP) melibatkan Sistem Maklumat di kesemua kampus USM
  • Semua pembangunan aplikasi baru & penambahbaikan   sistem sedia ada akan diselaras oleh Unit Pembangunan   Aplikasi dengan mengumpulkan developer pelbagai unit.
  • Sistem yang telah siap dibangunkan akan diserahkan   kembali kepada unit berkaitan untuk tujuan penyenggaraan.

SMU

Perkhidmatan Sistem Maklumat Universiti – Staf (SMUS)

  • Menyediakan, mengurus, memantau dan menambah baik Platform Online (Sistem) yang berupaya mengurus operasi harian universiti dengan baik, cekap dan lancar
  • Mengautomasikan proses-proses sumber manusia
  • Membangun sistem yang mesra pengguna dan memenuhi keperluan pengguna
  • Mewujudkan SMUS yang bersepadu
  • Menyediakan platform online untuk kemudahan staf
  • Mengawal selia proses-proses utama Universiti yang melibatkan staf
  • Mengkaji dan membangunkan semula sistem-sistem sedia ada bagi memantap dan melancarkan operasi harian
  • Menambahbaik sistem mengikut keperluan terkini pengguna dan juga memenuhi keperluan KPT dan JPA
  • Menyediakan latihan dan manual kepada pengguna setiap kali sistem baru dibangunkan dan juga memberi latihan berkala mengikut keperluan
  • Membantu pihak kerajaan menyediakan latihan untuk sistem-sistem e-government
  • Menyediakan data, laporan dan statistik kepada pihak-pihak yang berkaitan
  • Menyediakan data untuk keperluan KPT dan JPA
  • Menyediakan capaian maklumat staf kepada pihak yang dibenarkan di dalam Universiti
  • Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal teknikal yang bersangkutan dengan SMUS
  • Memberi khidmat perundingan kepada agensi-agensi yang memerlukan

Perkhidmatan Sistem Maklumat Universiti – PELAJAR

  • Menyediakan platform kepada pengurusan universiti supaya boleh melaksanakan pentadbiran dengan bantuan teknologi (client atau web based)
  • Menyediakan sistem yang integrasi supaya maklumat sentiasa terkini
  • Menyediakan aplikasi yang membantu pentadbiran hal ehwal dan akademik pelajar
  • Menyediakan keperluan laporan atau statistik
  • Membantu pasukan IT di PTJ dari segi perkongsian maklumat pelajar
  • Menyalurkan maklumat pelajar dalam bentuk laporan atau statistik
  • Melakukan penyenggaraan aplikasi (client atau web based)
  • Bertindak sebagai platform rujukan dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan data pelajar
  • Menyelesaikan aduan daripada Perkhidmatan Servisdesk@PPKT>
  • Menjadi medium perantara supaya proses manual dapat ditransformasikan ke proses yang lebih mudah menggunakan bantuan teknologi IT