Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 2275
  •  

    OBJEKTIF 
    Unit Pengurusan Pusat Data, Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi bertanggungjawab kepada Pusat Data yang merupakan lokasi penempatan aset yang paling penting untuk perkakasan ICT dan aplikasi untuk memastikan sumber tersebut mempunyai keboleh percayaan dari segi ketersediaan, keselamatan, kapasiti dan kesinambungan perkhidmatan untuk menyokong urusan dalam talian USM

     

    SKOP
    Skop perkhidmatan merangkumi Perancangan, Perlaksanaan, Pengurusan, Penyelarasan, Pemantauan, Penambahbaikan dan Perundingan untuk Perkhidmatan Pusat Data dan Perkhidmatan Pangkalan Data

     

    PERKHIDMATAN

    • Menyediakan ruang dan menguruskan perkhidmatan hosting bagi server, peralatan keselamatan, komunikasi, aplikasi dan integrasi rangkaian mengikut spesifikasi yang ditetapkan secara Server Hosting
    • Menyedia, mengurus, mengoperasi dan memantau pengoperasian perkhidmatan laman web bagi PTJ/Bahagian/Jabatan secara Web Hosting
    • Menyediakan dan menyeragamkan perkhidmatan plan pemulihan bencana bagi setiap pelayan yang dipertanggungjawabkan
    • Menyelaras dan mengurus ciri-ciri keselamatan asas (Baseline Security)
    • Memberi khidmat nasihat dan sokongan teknikal yang berkaitan dengan komputer pelayan
    • Memastikan operasi dan fasiliti Pusat Data beroperasi dengan lancar 24 x 7 dan 365 hari
    • Mengkaji dan merancang keperluan infrastruktur ICT untuk operasi sistem, perkakasan dan perisian
    • Menyelia dan melaksanakan prosedur operasi Pusat Data bagi memastikan operasi Pusat Data adalah jelas, dipatuhi dan di laksana dengan lancar
    • Menyediakan dan mengemas kini dokumentasi serta menjalankan audit inventori perkakasan di Pusat Data untuk rujukan penambahbaikan

    Perkhidmatan Pangkalan Data

    • Menyediakan pangkalan data, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti, backup & recovery dan replikasi pangkalan data
    • Menyediakan keperluan Pangkalan Data berasaskan Sybase ,MSSQL dan MySQL untuk aplikasi Universiti
    • Menyediakan ruang storan, mengurus, memantau dan menambahbaik dari segi keselamatan, kapasiti dan kesinambungan storan
    • Merancang, mengkaji dan membuat analisis keperluan pengguna dari segi pemulihan bencana dan melaksanakan perancangan pemulihan bencana bagi memastikan operasi sistem-sistem berjalan dengan gangguan yang minima
    • Merancang, mengkaji dan membuat analisa keperluan pengguna dari segi pengurusan pangkalan data secara berpusat universiti
    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 22 Mac 2023.