Fungsi Unit Web, Multimedia & E-Learning
Pengurusan Laman Web
- Menyediakan kemudahan capaian maklumat dengan menghasilkan laman web yang dinamik, berinovatif, mudah dan mesra pengguna
- Membantu menyediakan laman web/portal web PTJ
- Memberi latihan dan awareness kepada pentadbir laman web mengenai pengemaskinian data, patches dan serangan pengodam
- Membantu dalam penyediaan tapak web dan hosting laman web jabatan/PTJ
- Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal teknikal yang bersangkutan dengan laman web
- Membantu dalam penyelenggaraan dan kemaskini laman web rasmi PTJ
- Jawatankuasa pemantauan kandungan laman web jabatan/PTJ
- Menyediakan khidmat perundingan pembangunan laman web persidangan dan kepada organisasi luar yang berminat melalui projek penjanaan kewangan PPKT.
Pengurusan Multmedia
- Merancang dan merekabentuk pembangunan multimedia rasmi jabatan/PTJ di Kampus Kesihatan.
- Memberi khidmat sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta khidmat penyebaran dan penyampaian maklumat di Kampus Kesihatan dalam aspek pembangunan multimedia.
- Berperanan dalam menjayakan segala aktiviti rasmi PTJ yang melibatkan pembangunan multimedia.
- Bertanggungjawab menghasilkan produk seperti video korporat, video dalaman PTJ, slide show dan sebagainya
- Menguruskan arkib dan bahan multimedia.
- Menyediakan khidmat perundingan pembangunan rekabentuk multimedia persidangan & kepada organisasi luar yang berminat melalui projek penjanaan kewangan PPKT.
Pengurusan Sistem E-Learning
- Memberi bantuan sokongan dan keperluan teknikal kepada aktiviti Elearning@USM; (Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, CDAE) bagi Kampus Kesihatan
- Penyeragaman keperluan sokongan eLearning bagi ketiga-tiga Pusat Pengajian (Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan & Pusat Pengajian Sains Pergigian)
- Memberi khidmat sokongan kepada pensyarah, staf dan pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan eLearning.
- Memberi latihan kepada pensyarah dan pelajar dalam pembangunan dan pengunaan eLearning
- Memberi khidmat sokongan kepada pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran eLearning.
- Khidmat sokongan dari aspek kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pengajian
- Migrasi data dan kandungan kursus
- Backup/archive/restore data di server
- Penyediaan laporan penggunaan eLearning kepada pusat pengajian dan Pihak Pengurusan.
- Memberi khidmat perundingan kepada organisasi/institusi luar yang berminat dalam pembangunan eLearning menggunakan Learning Management System (LMS) melalui projek penjanaan kewangan PPKT.