Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 1517
  • Sistem rangkaian utama untuk Kampus Kesihatan menggunakan sambungan ‘fiber-optic’ 1GBps bagi setiap sambungan ‘distribution switch’ dan pengguna akan membuat sambungan melalui kaedah ‘Ethernet’.

    Antara fakta-fakta menarik :

    · 4 Gbps antara Core backbone
    · 2 Gbps dari Distribution ke Core Backbone
    · 1 Gbps dari Faculty/Dept Access ke Distribution Backbone
    · 1 Gbps dari Core ke Gateway switch
    · 100/1000Mbps Access switch kepada penggunaNod Rangkaian

    Kemudahan capaian internet terkini telah dinaiktaraf pada pertengahan tahun 2015 daripada talian Metro-E 200Mbps kepada talian Metro-E 1Gbps disebabkan perkembangan teknologi serta penggunaan internet semakin meluas. Talian antara kampus juga dinaiktaraf ke 50Mbps bagi setiap kampus cawangan.

    Perkhidmatan rangkaian merangkumi LAN (Local Area Network),  WAN (Wide Area Network), DNS Registration, Pengurusan Pelayan dan khidmat nasihat kepada pengguna. Antara produk yang ditawarkan  ialah permohonan nod rangkaian, perkhidmatan wireless serta akses Internet bagi tujuan majlis-majlis tertentu.

     

    Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 22 Mac 2023.