Laman web adalah salah satu platform untuk memaparkan maklumat secara atas talian. PPKT menyediakan perkhidmatan untuk menyediakan tapak web bagi unit/kluster/seksyen dan aktiviti atau program di USM KK.
Antara perkhidmatan unit laman sesawang PPKT KK;
- Menyediakan kemudahan capaian maklumat dengan menghasilkan laman web yang dinamik, berinovatif, mudah dan mesra pengguna
- Membantu menyediakan laman web porta
- Memberi latihan dan awareness kepada pentadbir laman web mengenai pengemaskinian data, patches dan serangan pengodam
- Membantu universiti di dalam penyediaan tapak web
- Menyediakan fungsi web streaming dan VOD selaras dengan perkembangan teknologi semasa
- Menyediakan grafik untuk keperluan jabatan dan unit-unit yang memerlukan
- Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal teknikal yang bersangkutan dengan laman web
- Menyediakan khidmat laman web kepada organisasi luar yang berminat.