E-pembelajaran merupakan pusat sehenti dalam bentuk portal untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Ia dibangunkan dengan menggunakan platform sumber terbuka iaitu Moodle. Tujuan utama aplikasi ini adalah untuk menyokong dan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dengan penggunaan portal ini, pelajar dan pengajar boleh berinteraksi sesama sendiri pada bila-bila masa melalui ciri-ciri multimedia yang disediakan dan ini menjadikan aktiviti P&P bertambah menarik.
Portal e-pembelajaran ini, https://elearning.usm.my/sidang2021/ terbuka kepada semua staf akademik dan pelajar yang berkhidmat/belajar di USM di ketiga-tiga kampus. Ia menggunakan akaun CampusOnline sebagai pengesahan capaian. Untuk mendapatkan akaun Campus Online, pengguna perlu mendaftar di portal https://campusonline.usm.my/, klik pada pautan “Don't have an account?”. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun CampusOnline tetapi terlupa nama pengguna dan katalaluan, anda boleh melayari portal tersebut dan klik pada pautan “Forgot your p.a.s.s.w.o.r.d.? ”.
Bagi pelajar, senarai subjek yang terdapat dalam portal tersebut adalah berpandukan senarai subjek yang telah didaftarkan oleh pelajar setiap kali semester baru bermula. Untuk senarai lengkap subjek yang didaftarkan, pelajar boleh menyemak di portal CampusOnline.
Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, hubungi kami melalui kaedah berikut:
- Sistem ServisDesk@PPKT-KK di alamat https://sd.usm.my/default.asp?ptj=ppktkk , ATAU
- Emel
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ATAU - Datang ke Kaunter ServisDesk PPKT KK alamat PPKT, USM Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian, Kelantan.
Staf Bertanggungjawab bagi Kampus Kesihatan:
- Talian sambungan 1111, 09-797 1111 ATAU 1125, 09-797 1125 (Pn Roslena)
- Talian sambungan 1355 ATAU 09-767 1355 (En. Nareeman Shah)
Staf Bertanggungjawab bagi Kampus Induk:
- Talian sambungan 4472 ATAU 04-653 4472 (En. Muhammad Arif)
- Talian sambungan 3730 ATAU 04-653 3730 (Pn. Nur Ruzanna)
- Talian sambungan 6023 ATAU 04-653 6023 (Pn. Nur Hazwani)
Staf Bertanggungjawab bagi Kampus Induk(Pusat Pengajian Sains Komputer):
- Talian sambungan 5047 ATAU 04-653 5047 (En. Ahmad Anas)
Staf Bertanggungjawab bagi Kampus Induk(Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh):
- Talian sambungan 3951 ATAU 04-653 3951 (Pn. Sabariah)
Staf Bertanggungjawab bagi Kampus Kejuruteraan:
- Talian sambungan 4472 ATAU 04-653 4472 (Pn. Umul Habsah)