Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 2827
  • PENGENALAN 

    Seksyen Sokongan Teknikal merupakan satu(1) daripada tiga(3) seksyen utama di bawah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan. Peranan Seksyen Sokongan Teknikal adalah menyediakan perkhidmatan teknikal, perolehan, pengagihan dan pengurusan peralatan ICT. Selain itu, ia juga berfungsi dalam menguruskan aset , pengurusan laman web dan multimedia.

    OBJEKTIF

    Penubuhannya dalam memastikan peralatan ICT, penyelenggaraan dan bantuan teknikal dalam keadaan sedia guna bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, produktiviti pentadbiran dan pengurusan serta perkhidmatan kesihatan Hospital USM. Seksyen ini juga perlu mengenalpasti keperluan beserta merancang perolehan peralatan ICT. Di sudut lain, seksyen ini akan mengurus segala keperluan, permohonan laman web rasmi dan multimedia. Objektif seterusnya adalah memastikan aset diuruskan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh USM.

    SKOP

    • Sokongan Teknikal
    • Servisdesk dan Khidmat Pelanggan.
    • Aset
    • Kad Pintar
    • Laman Web

    SINGKATAN/ DEFINISI

    PPKT :     Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi

    SD      :     ServisDesk

    PTJ    :     Pusat Tanggungjawab

    TUJUAN

    Seksyen Sokongan Teknikal menyediakan perkhidmatan seperti berikut;

    • Menguruskan permohonan baru/penggantian dan penyelenggaraan peralatan ICT daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan yang dimohon melalui Servis Desk (SD).
    • Menguruskan doket aduan peralatan ICT daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan yang dimohon melalui Servis Desk (SD).
    • Menguruskan Hotline (1111) dan kaunter khidmat Pelanggan.
    • Menguruskan Penyelenggaraan berkala peralatan ICT USM.
    • Menguruskan permohonan baru/penyelenggaraan dan tapak web Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan.
    • Menguruskan permohonan multimedia untuk acara rasmi Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan.
    • Menguruskan aset PPKT dari segi pemantauan, polisi dan dokumentasi.
    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.