Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 3946
  •  Fungsi Unit Web, Multimedia & E-Learning

     Pengurusan Laman Web

    • Menyediakan kemudahan capaian maklumat dengan menghasilkan laman web yang dinamik, berinovatif, mudah dan mesra pengguna
    • Membantu menyediakan laman web/portal web PTJ
    • Memberi latihan dan awareness kepada pentadbir laman web mengenai pengemaskinian data, patches dan serangan pengodam
    • Membantu dalam penyediaan tapak web dan hosting laman web jabatan/PTJ
    • Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal teknikal yang bersangkutan dengan laman web
    • Membantu dalam penyelenggaraan dan kemaskini laman web rasmi PTJ
    • Jawatankuasa pemantauan kandungan laman web jabatan/PTJ
    • Menyediakan khidmat perundingan pembangunan laman web persidangan dan kepada organisasi luar yang berminat melalui projek penjanaan kewangan PPKT.

    Pengurusan Multmedia

    • Merancang dan merekabentuk pembangunan multimedia rasmi jabatan/PTJ di Kampus Kesihatan.
    • Memberi khidmat sokongan kepada proses pengajaran dan pembelajaran serta khidmat penyebaran dan penyampaian maklumat di Kampus Kesihatan dalam aspek pembangunan multimedia.  
    • Berperanan dalam menjayakan segala aktiviti rasmi PTJ yang melibatkan pembangunan multimedia.
    • Bertanggungjawab menghasilkan produk seperti video korporat, video dalaman PTJ, slide show dan sebagainya
    • Menguruskan arkib dan bahan multimedia.
    • Menyediakan khidmat perundingan pembangunan rekabentuk multimedia persidangan & kepada organisasi luar yang berminat melalui projek penjanaan kewangan PPKT.

     

    Pengurusan Sistem E-Learning

    • Memberi bantuan sokongan dan keperluan teknikal kepada aktiviti Elearning@USM; (Pusat Pembangunan Kecemerlangan Akademik, CDAE) bagi Kampus Kesihatan
    • Penyeragaman keperluan sokongan eLearning bagi ketiga-tiga Pusat Pengajian (Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Pusat Pengajian Sains Perubatan & Pusat Pengajian Sains Pergigian)
    • Memberi khidmat sokongan kepada pensyarah, staf dan pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan eLearning.
    • Memberi latihan kepada pensyarah dan pelajar dalam pembangunan dan pengunaan eLearning
    • Memberi khidmat sokongan kepada pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran eLearning.
    • Khidmat sokongan dari aspek kandungan bahan pengajaran dan pembelajaran di Pusat Pengajian
      • Migrasi data dan kandungan kursus
      • Backup/archive/restore data di server
    • Penyediaan laporan penggunaan eLearning kepada pusat pengajian dan Pihak Pengurusan.
    • Memberi khidmat perundingan kepada organisasi/institusi luar yang berminat dalam pembangunan eLearning menggunakan Learning Management System (LMS) melalui projek penjanaan kewangan PPKT.

     

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.