Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 2394
  • TAG INFO

    PENGENALAN

    Seksyen Infostruktur merupakan satu seksyen di bawah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan. Perkhidmatan utama Seksyen Infostruktur adalah mengurus, menyelenggara dan menyediakan bantuan teknikal untuk sistem rangkaian, keselamatan ICT dan telekomunikasi di Kampus Kesihatan.

    OBJEKTIF

    • Membantu Timbalan Pengarah & pihak pengurusan PPKT dalam melaksanakan dasar & pelan strategik ICT PPKT.
    • Menyediakan dan mengurus sistem rangkaian dan telekomunikasi secara menyeluruh termasuk pemasangan dan sokongan teknikal.
    • Menyelaras sistem sidang video dari segi pengoperasian dan sokongan teknikal.
    • Mengurus dan mengawalselia sistem rangkaian dan internet dalaman dan luar kampus.
    • Bertanggungjawab membuat hebahan dan makluman sekiranya terdapat ancaman yang berisiko menyebabkan gangguan terhadap keselamatan ICT, sistem telekomunikasi, sistem pengoperasian dan sistem aplikasi di USM Kampus Kesihatan.
    • Memastikan perkhidmatan operasi sistem rangkaian dan sistem telekomunikasi berjalan lancar untuk menyokong operasi pentadbiran PTJ, perkhidmatan HUSM serta pengajaran dan pembelajaran di Kampus Kesihatan.

    SKOP

    Mengurus dan menyediakan kemudahan infrastruktur untuk sistem rangkaian dan sistem telekomunikasi kepada semua PTJ di dalam Kampus Kesihatan secara menyeluruh termasuk pemasangan, khidmat sokongan teknikal dan khidmat perundingan.

    PERKHIDMATAN (TUJUAN)

    Seksyen Infostruktur (Rangkaian & Telekomunikasi) menyediakan perkhidmatan seperti berikut;

    Sistem Rangkaian

    • Menguruskan rekod DNS bagi KK.USM.MY.
    • Menguruskan pembahagian IP statik dan DHCP.
    • Menguruskan konfigurasi perkakasan rangkaian.
    • Merekabentuk “routing” rangkaian kampus kesihatan.
    • Menyediakan capaian ke rangkaian MYREN dan 1Gov*Net.
    • Menyediakan capaian oleh pengguna di luar kampus ke rangkaian USMNet secara selamat melalui penggunaan VPN (“Virtual Private Network”).
    • Memantau tahap penggunaan dan status peralatan sistem rangkaian melalui laporan NAGIOS.
    • Mengurus pengguna dan konfigurasi Wi-Fi Kampus Kesihatan menerusi “Wi-Fi Controller”.
    • Mengurus liputan Wi-Fi di kampus kesihatan.
    • Memantau tahap penggunaan dan status peralatan Wi-Fi di dalam Kampus.

     

    Keselamatan ICT

    • Menguruskan pemasangan, pengemaskinian serta konfigurasi antivirus ESET.
    • Menyediakan dan mengurus penyelesaian “Anti-Spam” dengan bantuan Unit Keselamatan ICT , PPKT Kampus Induk.
    • Memantau tahap keselamatan ICT melalui laporan daripada Forti Analyzer dan Baracuda Spam Gateway.
    • Memantau semua laman web dan pelayan yang digunakan di Kampus Kesihatan.
    • Menyediakan latihan keselamatan siber kepada warga Kampus Kesihatan.

     

    Sistem Telekomunikasi

    • Menyediakan dan mengurus Infrastruktur Sistem Telefon Kampus Kesihatan.
    • Menguruskan Sistem Telesidang Kampus Kesihatan.
    • Pengurusan nombor telefon merangkumi peruntukan nombor sambungan (“extension”), naiktaraf kategori nombor, pindahan nombor mengikut lokasi pemohon, hunting, diversion dan penamatan nombor telefon.
    • Menyediakan latihan Cisco Webex (mengikut keperluan) kepada staf Kampus Kesihatan.

    SINGKATAN

    • USM : Universiti Sains Malaysia
    • PPKT : Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
    • HUSM : Hospital Universiti Sains Malaysia
    • SD :     ServisDesk
    • PTJ :     Pusat Tanggungjawab
    • ICT : Information and Communications Technology
    • Wi-Fi : Wireless Connectivity
    • DNS : Domain Name Server
    • IP : Internet Protocol
    • DHCP : Dynamic Host Configuration Protocol
    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.