Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 2049
  • PENGENALAN

    Automasi proses kerja yang efisien dalam menyokong sistem penyampaian perkhidmatan terbaik merupakan satu keperluan bagi mencapai hasrat dan aspirasi universiti untuk menjadi institusi yang berdaya saing bagi mencapai status universiti terbaik di dunia, Bagi memacu penyampaian perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat di USM Kampus Kesihatan, amalan pembudayaan Enterpris Arkitektur perlu digunapakai untuk memacu agenda tranformasi dalam melakukan pendekatan ke arah pembangunan strategi Bisnes dan ICT supaya selari dengan visi dan misi Universiti.

    Kerajaan Malaysia melalui Unit Permodenan Tadbiran  dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah menyediakan rangka kerja dan metodologi bagi membantu sektor awam di Malaysia bagi membangunkan amalan terbaik EA yang dinamakan MyGOVEA bagi membantu agensi kerajaan untuk mempercepatkan proses transformasi dalam penyampaian perkhidmatan sektor awam.

    Oleh itu, Seksyen Enterprise Architecture (EA) telah diwujudkan pada tahun 2019 di Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, Kampus Kesihatan berperanan untuk melaksanakan dasar dan pelan strategik Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Transformasi Digital Kampus Kesihatan secara khususnya dan USM amnya selaras dengan perkembangan teknologi di era Revolusi Industri 4.0 (Fourth Industrial Revolution (IR 4.0)). Transformasi sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, produktif dan lebih berinovasi kepada teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bertujuan mengoptimumkan penyampaian pekhidmatan kepada pelajar, warga, masyarakat dan rakyat.

     

    FUNGSI SEKSYEN DIGITAL

    • Memacu penyampaian perkhidmatan berteraskan teknologi maklumat melalui pembudayaan Enterpris Arkitektur (EA) supaya pemahaman strategi bisnes dan ICT adalah selari bagi memberi tumpuan penyelesaian terbaik dalam pelaksanaan aplikasi dan teknologi untuk menyokong keperluan operasi dan bisnes pemilik proses.
    • Memastikan persekitaran kolaboratif dalam menyediakan perkhidmatan ICT untuk aktiviti dan operasi pengurusan hospital, aktiviti pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan inovasi di USM Kampus Kesihatan.
    • Memastikan pendekatan berstruktur yang merentasi 4 domain (Bisnes, Data, Aplikasi dan Teknologi) digunakan dalam merealisasikan strategi ICT dan bisnes USM adalah selari dengan mematuhi dasar, piawaian (standard) dan amalan terbaik yang ditetapkan MAMPU yang merangkumi :
      • MyGOVEA iaitu rangka kerja dan metodologi bagi membantu sektor awam di Malaysia bagi membangunkan amalan terbaik EA
      • KRISA iaitu Garis Panduan Pembangunan Aplikasi (Buku Kejuruteraan Sistem Aplikasi Sektor Awam 
      • PPrISA iaitu Metodologi Pengurusan Projek ICT Sektor Awam

     

    BIDANG DAN SKOP TUGAS

    Kaedah EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk penentuan strategik dan penyelarasan keupayaan Bisnes dan IT dalam USM Kampus Kesihatan melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti. Skop melibatkan penyediaan dokumen dan serahan merangkumi 4 domain seperti berikut:

    • Bisnes
    • Merealisasikan Misi, objektif dan strategi organisasi.
    • Penyelarasan strategi bisnes dan strategi IT
      • Proses-proses bisnes yang mencapai jangkaan misi dan strategi.
    • Aktiviti analisis bisnes bagi memastikan penyelesaian mencapai keperluan bisnes dan sejajar dengan objektif
    • Permodelan misi, objektif, strategi dan keupayaan organisasi menggunakan MyGovEA dan Business Process Modelling Notation (BPMN)
    • Permodelan data bisnes supaya lebih objektif
    • Data
    • Struktur logikal dan aset data
    • Merekabentuk hubungkait data, aliran maklumat dan sumber pengurusan data
    • Penggunaan standard dalam merekabentuk permodelan seperti Archimate dan Matrice
    • Aliran data merentasi domain bisnes, aplikasi dan teknologi serta selaras dengan data bisnes.
    • Aplikasi
    • Merekabentuk aplikasi berasaskan penyelarasan strategi bisnes dan strategi IT
    • Mempunyai hubungkait yang jelas dengan proses bisnes utama melalui aktiviti MyGovEA dan Archimate
    • Pengurusan dan penyediaan Analisa Jurang (Gap Analysis) bagi mendapat penyelesaian yang terbaik kepada proses bisnes dari legasi kepada target sistem
    • Rekabentuk aplikasi dapat mengelakkan decoupled dengan teknologi
    • Teknologi
    • Perisian, infostruktur dan middleware untuk menyokong penggunaan dan integrasi proses bisnes utama.
    • Menganalisa dan menyelesaikan cabaran, isu operasi dan teknikal semasa.

     

    MANFAAT UTAMA DARI PELAKSANAAN AMALAN EA :

    • Membantu Pengurusan USM KK terutama PPKT dalam proses membuat keputusan berkaitan pelaburan dan pelaksanaan ICT
    • Berupaya mengurangkan kompleksiti persekitaran ICT sedia ada melalui proses penentuan dan merekodkan architecture semasa
    • Dapat mengurangkan kerumitan Pengguna dalam penggunaan sistem ICT melalui perancangan yang betul
    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.