Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 4498
  •  

     PENGENALAN

    Seksyen Maklumat merupakan satu seksyen di bawah Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT) Kampus Kesihatan. Perkhidmatan utama Seksyen Maklumat adalah membangun, menyelenggara dan memberikan khidmat bantuan bagi aplikasi-aplikasi di Kampus Kesihatan USM samada dibangunkan oleh PPKT Kampus Kesihatan mahupun oleh PPKT Kampus Induk dan Kampus Kejuruteraan. Semua staf di Seksyen Aplikasi adalah terlibat dengan aktiviti pembangunan, penyelenggaraan dan bantuan perkhidmatan aplikasi sepanjang masa.

    OBJEKTIF

    Seksyen Maklumat, PPKT Kampus Kesihatan adalah bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan pembangunan, penyelenggaraan dan bantuan aplikasi- aplikasi utama kepada kampus bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan dan inovasi, produktiviti pentadbiran dan pengurusan serta perkhidmatan kesihatan Hospital USM. Seksyen ini juga melihat kepada penyediaan data yang bersepadu bagi memastikan maklumat disimpan secara berintegrasi dan dapat dicapai dengan mudah dan pantas.

    SKOP

    1. Pembangunan Aplikasi (SMU dan HIS baru)
    2. Penyelenggaraan Aplikasi (SMU dan HIS sedia ada)
    3. Khidmat Bantuan Aplikasi

    SINGKATAN/ DEFINISI

    • PPKT :           Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi
    • SD :                ServisDesk
    • PTJ :              Pusat Tanggungjawab
    • SMU :            Sistem Maklumat Universiti
    • HIS :             Hospital Information System

     

    TUJUAN

    Seksyen Maklumat menyediakan perkhidmatan seperti berikut;

    1. Menguruskan permohonan aplikasi atau modul baru daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ) di Kampus Kesihatan yang dimohon melalui Servis Desk (SD).
    2. Menguruskan permohonan penyelenggaraan kepada aplikasi yang telah dibangunkan melibatkan ralat kod pengatucaraan, ketidaktepatan data, penambahan paparan maklumat, pembatalan kemasukan data dan tahap akses kepada aplikasi.
    3. Menyediakan bantuan perkhidmatan aplikasi terutama sokongan kepada aplikasi- aplikasi yang dibangunkan oleh Kampus Induk atau Kampus Kejuruteraan.
    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.