Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 113
  • Porgram Siswa Lestari Sidang Akademik 2022/2023 Kampus Kesihatan telah diadakan secara bersemuka selama seminggu bermula pada 09 Oktober 2022 (Ahad) sehingga 14 Oktober 2022 (Jumaat). ¬†Program Siswa Lestari ini ialah Minggu Siswa Lestari atau orientasi untuk pelajar baharu setiap Sidang Akademik.

    Bagi Sidang Akademik 2022/2023 kali ini, seramai 482 pelajar yang mendaftar diri daripada keseluruhan 555 pelajar yang dijangka mendaftar akan mengikuti pelbagai program yang ditawarkan di tiga pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Sains Perubatan, Pusat Pengajian Sains Pergigian dan Pusat Pengajian Sains Kesihatan.

    Pada 9 Oktober 2022, antara staf PPKT KK yang terlibat adalah dari Seksyen Korporat dan Seksyen Teknikal seramai 10 orang secara keseluruhanya. Staf yang terlibat bertanggungjawab dalam membantu pelajar-pelajar baru untuk daftar email rasmi usm(pelajar) dan setting wifi pada peranti pintar android dan apple.

    Slot bersama PPKT selama 1 jam adalah pada 10 Oktober 2022 (Isnin) pada jam 04.00 petang bertempat di Dewan Utama, Kampus Kesihatan. Slot ini mengenai Taklimat Pengenalan & Fungsi PPKT yang disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengarah PPKT kepada semua pelajar.

    Teks oleh: Pn Nur Hidayah Abdul Halim & Pn Marini Zainon
    Foto oleh: En Mohd Izani Isa

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.