Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 122
  • Family Day PPKT KK 2022 anjuran Kelab PPKT USM KK telah diadakan dengan jayanya pada 01 Oktober 2022 (Sabtu) bertempat di D’ Aur Beach Resort.

    Program dihadiri oleh 68 orang staf dengan jumlah kehadiran keseluruhan adalah seramai 135 orang iaitu staf bersama dengan keluarga masing-masing dalam suasana yang meriah dan harmoni.

    Antara tujuan penganjuran Family Day PPKT KK 2022 adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara staf dan keluarga masing-masing memandangkan kebanyakannya sibuk dengan tugas harian dan mempunyai kekangan masa untuk bertemu. Melalui program yang diadakan, ianya mampu memupuk semangat permuafakatan dan kerjasama dalam diri semua peserta.

    Program dimulakan pada jam 08.00 pagi untuk sesi pendaftaran peserta dan makan pagi, diikuti dengan bacaan doa, ucapan aluan Penasihat Kelab, ucapan aluan Pengerusi Kelab, taklimat Hari Keluarga dan seterusnya pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang.

    Peserta untuk aktiviti dibahagikan kepada beberapa kumpulan di mana Juara keseluruhan adalah Kumpulan Android (ungu).

    Program tamat pada jam 1.00 tengahari setelah selesai sesi penyampaian hadiah kepada pemenang.

    Teks oleh: Pn Nur Hidayah Abdul Halim
    Foto oleh: En Zawdi Badruddin

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.