Talian Hotline PPKT : 1111

  • Jumlah paparan: 167
  • 06 September 2022, Selasa. Townhall PPKT Siri 4/2022 bersama Timbalan Pengarah PPKT telah diadakan di Bilik Tutorial A pada jam 02.30 petang untuk semua staf PPKT.

    Antara agenda Townhall yang ditekankan oleh Timbalan Pengarah adalah kepentingan untuk ada partner atau back up dalam pelaksanaan tugas hakiki, kepentingan untuk mengemaskini profil inisiatif yang tepat dalam BSC / Indeks Prestasi Staf (IPS) bagi mengukur beban tugas setiap staf dan menilai prestasi staf, makluman mengenai perpindahan PPKT ke bangunan baru (isu dan perancangan), negoPPKT, sesi perkenalan Penolong Pegawai Tadbir yang baru (Puan Nur Hidayah Abdul Halim) serta makluman lawatan penanda aras ke UniSZA dan Hospital UniSZA, Kuala Terengganu pada bulan Oktober ini.

    Sesi Townhall diakhiri pada jam 04.00 petang dengan tayangan video Team Building PPKT yang telah diadakan di Pulau Redang pada 23, 24 & 25 Julai 2022, sesi perkongsian pengalaman oleh Puan Nuru Asyikin Binti Mamat Saman serta penyampaian hadiah pemenang dalam acara-acara yang dipertandingkan dalam Team Building oleh En. Nareeman Shah Che Muhamad (Ketua Seksyen Korporat).

       

    Teks oleh: Nur Hidayah Binti Abdul Halim

    Foto oleh: Wan Abshah Rizal Bin Wan Abdullah

    Pusat Pengetahuan Komunikasi & Teknologi (PPKT)
    Universiti Sains Malaysia,
    Kampus Kesihatan,
    16150 Kubang Kerian,
    Kota Bharu, Kelantan
     
    Tel : +609-7673000
    Faks : +609-7671133
    Email: ppktkk@usm.my

    mygovmscmqa

    Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

    Dasar Keselamatan & Privasi

    • Dikemaskini: 09 Januari 2023.